CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerani bank rugi lebih RM370,000 angkara pelaburan palsu

[Copy link]
Post time 23-4-2025 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Kerani bank rugi lebih RM370,000 angkara pelaburan palsu

Oleh Nur Izzati Mohamad - April 23, 2025 @ 10:33am






BUKIT MERTAJAM: Seorang kerani operasi bank terpaksa berputih mata apabila wang simpanan RM379,200 miliknya lesap selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

Insiden bermula pada 11 Februari lalu apabila wanita berusia 48 tahun itu menerima mesej kira-kira jam 8.50 malam melalui aplikasi WhatsApp dari individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Alyssa'.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata mangsa yang tidak mengenali suspek diajak untuk menyertai satu pelaburan yang menguntungkan.

Menurutnya, suspek telah menghantar pautan dengan meminta mangsa untuk memuat turun aplikasi dinamakan 'XGI Horizon Pro' yang membolehkannya melihat rekod pelaburan.

"Mangsa berminat untuk menyertai pelaburan itu kerana pulangan tinggi yang akan diterima, apatah lagi apabila mangsa melabur sebanyak RM10,000 dan dalam masa lebih kurang tiga jam aplikasi milik mangsa menunjukkan pulangan sebanyak RM1.6 juta.

"Bagaimanapun suspek memberitahu mangsa perlu membayar pelbagai kos perkhidmatan untuk mengeluarkan keuntungan pelaburan terbabit.

"Atas dasar percaya, mangsa telah membuat pindahan wang seperti diarahkan dari Februari hingga pertengahan April sebanyak 18 transaksi ke enam akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM379,200," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Helmi berkata, mangsa hanya menyedari dia menjadi mangsa penipuan selepas memberitahu berhubung pelaburan itu kepada suaminya.

"Mangsa telah menceritakan kepada suaminya berkaitan pelaburan ini dan suaminya kemudian menyedarkan mangsa bahawa tiada pelaburan yang boleh memberikan pulangan dalam masa singkat.

"Selepas sedar ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis kelmarin," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1387857/kerani-bank-rugi-lebih-rm370000-angkara-pelaburan-palsu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.050326 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list