CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65|Reply: 0

[Sabah] Dua lelaki suspek kes samun bersenjata diburu

[Copy link]
Post time 22-4-2025 08:10 AM | Show all posts |Read mode




BURU: Dua suspek menjadi buruan polis selepas terlibat kes samun menggunakan senjata.

LAHAD DATU: Dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun bersenjata tajam di Payang, Batu 7, di sini, sedang giat diburu polis.

Suspek Mohd Aidil Jainuddin beralamat Kampung Manau, Batu 7, Jalan Silam dan Zulfaddly Hajizul Rahman beralamat Kampung Sapagaya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan kedua-dua suspek yang masih bebas.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun bersenjata secara berkumpulan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Iskandar Kiprawi di talian 089-881255.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052914 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list