CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85|Reply: 0

[Kedah] Penyapu pokok riong batu jadi pendapatan sampingan penduduk kampung

[Copy link]
Post time 21-4-2025 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-4-2025 07:25 PM

Penyapu pokok riong batu jadi pendapatan sampingan penduduk kampung

ROSHILA MURNI ROSLI
21 April 2025 04:56pm




Siti Salmah menunjukkan penyapu hasil air tangannya yang dijual pada harga RM12 sebatang.



SIK - Setiap kali tiba musim pokok riong batu tumbuh meliar di pinggir hutan, segelintir penduduk di daerah ini akan memanfaatkan tumbuhan itu untuk dijadikan penyapu sebagai pendapatan sampingan.

Siti Salmah Ramli, 53, berkata, dia mempelajari cara membuat penyapu daripada arwah ibunya sejak kecil.


Katanya, penyapu yang dibuat lebih kukuh dan besar selain ia tidak mudah patah atau rosak berbanding penyapu yang dijual di pasaran.

"Saya sejak kecil tengok arwah mak buat penyapu ini, saya belajar sikit demi sikit cara untuk mengikat pokok riong batu ini atau kami panggil pokok penyapu.


Modal kami hanya tali rafia. selain itu nak buat penyapu daripada pokok riong batu ini pun ada cabarannya, banyak tenaga perlu digunakan daripada mencarinya di hutan sehingga lah membentuknya menjadi penyapu," katanya yang tinggal di Kampung Charuk Tok Pong di sini.


Siti Salmah sedang memproses pokok riong batu dirumahnya untuk dibuat penyapu.



Berkongsi cara memproses penyapu, ibu kepada lima anak ini berkata, pokok riong perlu dijemur selepas diambil di hutan bagi memastikan ia kering dan bertukar menjadi perang agar tidak berkulat.


“Proses itu mengambil masa tiga hari sekiranya cuaca panas dan ia boleh berlarutan sehingga seminggu sekiranya cuaca mendung atau hujan.


"Selepas jemur saya perlu buang miang yang ada pada bunga buluh, dengan cara mengetuknya untuk buang habuk dan miang, barulah boleh diikat dan dicantumkan menjadi penyapu," katanya.

Siti Salmah atau lebih mesra dipanggil Cik Yan berkata, penyapu yang dihasilkan dijual pada harga RM12 sebatang.


"Setakat ini pelanggan yang beli kata penyapu saya kukuh, kembang dan tak mudah tanggal. Jadi penyapu saya lebih tahan lama.

“Jualan saya pula hanya daripada mulut ke mulut, kebanyakkan orang kampung yang datang membeli, lagi pun ada lagi orang lain yang turut buat penyapu daripada pokok riong ini,”ujarnya.

Sementara itu, bagi Mohd Zahir Md Aris, 45, dia akan membawa pulang tumbuhan liar itu untuk diberikan kepada pembuat penyapu di kampungnya.

"Saya tak ambil duit jual pokok ini, cuma siapa yang nak, mereka perlu buat penyapu dan sebahagian penyapu yang siap diberikan kepada saya, saya akan jual sendiri penyapu itu, dapat lah tambah sikit pendapatan.

"Nak ambil pokok ini perlu hati-hati kerana ia miang seperti pokok buluh, tapi bila sudah tahu caranya Insya-ALLAH semuanya akan mudah," katanya yang juga merupakan penduduk Kampung Charuk Tok Pong.

https://www.sinarharian.com.my/article/724226/edisi/utara/penyapu-pokok-riong-batu-jadi-pendapatan-sampingan-penduduk-kampung


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.047621 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list