CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 104|Reply: 0

[Sarawak] BPHB serah biasiswa sulung kepada 10 pelajar Sarawak yang cemerlang

[Copy link]
Post time 21-4-2025 03:56 PM | Show all posts |Read mode


Penerima biasiswa sulung Bintulu Port merakam gambar bersama tetamu kehormat. Turut kelihatan Ruslan (belakang enam kiri) dan Abu Bakar (belakang tujuh kiri). - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) hari ini menyerahkan biasiswa sulungnya kepada 10 pelajar Sarawak yang cemerlang dalam pengajian peringkat sarjana muda.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan BPHB Ruslan Abdul Ghani berkata Program Biasiswa BPHB di bawah Yayasan Bintulu Port ini adalah kepercayaan BPHB terhadap potensi anak-anak Sarawak, khususnya daripada kumpulan yang memerlukan sokongan untuk melakar masa depan yang lebih cemerlang.

“Ini adalah kali pertama kami laksanakan Program Biasiswa BPHB dan untuk kohort pertama ini kami anugerahkan kepada 10 pelajar terpilih, semuanya adalah pelajar cemerlang.

“Kita harap mereka akan belajar bersungguh-sungguh dan suatu hari nanti mereka akan kembali berkhidmat di Bintulu Port dan kepada negeri Sarawak,” katanya semasa ditemui selepas penyerahan biasiswa sempena Majlis Berjarah Raya Bersama Bintulu Port di sebuah hotel terkemuka di sini.  

Ruslan turut menyatakan harapan untuk Program Biasiswa ini menjadi program utama BPHB setiap tahun di mana sebahagian daripada keuntungan disumbangkan kembali kepada masyarakat khususnya dalam membantu pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Insya-Allah akan ada kohort kedua, ketiga selepas ini. Memang dalam perancangan kita untuk sediakan peruntukan biasiswa setiap tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Program Biasiswa BPHB telah menerima lebih 500 permohonan dan melalui proses pemilihan yang ketat berdasarkan merit akademik, kualiti kepimpinan dan latar belakang sosioekonomi, 10 pelajar Sarawak yang cemerlang telah dipilih sebagai penerima sulung.

Penerima terdiri daripada Denilson Lihan (Kejuruteraan Elektrik & Elektronik - UNIMAS), Ferina Sim (Psikologi-UNIMAS), Fathur Veroliyongo Chiong (Kewangan-UNIMAS), Nur Hazwani Abdul Ghani (Pentadbiran Perniagaan - UTS), Angela Ngui (Sains Komputer - UTS), Diana Sendi (Kejuruteraan Kimia - UTM), Izzah Husna Ismail (Biokimia - UM), Elbie Ellona (Kejuruteraan Awam - USM), Isabelle Grace Polly (Perniagaan Antarabangsa - UNIMAP) dan Stewart Wong (Kejuruteraan Mekanikal - UNITEN).

Izzah Husna salah seorang penerima berkata dia sangat gembira dipilih sebagai antara 10 penerima sulung biasiswa Bintulu Port.

Kata penuntut tahun pertama Universiti Malaya (UM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Biokimia itu, biasiswa tersebutsudah lama dinantikan olehnya bagi membantu membiayai pengajiannya.

“Biasiswa ini sangat membantu sebab saya bekerja separuh masa, jadi dengan adanya biasiswa ini saya dapat fokus lebih kepada pengajian saya,” katanya yang berasal dari Kuching.

Bagi Elbie Elonna pula, dia sangat berterima kasih dan bersyukur kerana dipilih sebagai penerima sulung biasiswa Bintulu Port.

Kata penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) berbangsa Melanau dari Dalat ini, biasiswa itu dapat meringankan beban ibu bapanya yang bekerja keras untuk membiayai pengajiannya berbaki tiga tahun lagi.

“Dengan adanya biasiswa ini saya harap ia akan dapat membantu saya mengejar cita-cita saya sebagai jurutera awam,” katanya yang mengikut langkah abangnya bekerja dalam bidang kejuruteraan di Bintulu.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan BPHB merangkap Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu Dato Sharkawi Alis, ahli-ahli lembaga pengarah serta para pemegang saham.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.043468 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list