CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1056|Reply: 0

'Healing' dari udara Taiping

[Copy link]
Post time 19-4-2025 11:09 PM | Show all posts |Read mode


Mendamaikan. Demikian gambaran perasaan Nur Amalina Zulkifli, 36, ketika berpeluang 'terbang' dengan pesawat ringan jenis 'microlight' untuk melihat keindahan alam semula jadi di sekitar Taiping, Perak pada 14 Februari lalu.


'Microlight' adalah pesawat ringan yang sesuai untuk aktiviti sukan dan rekreasi, memberi pengalaman luar biasa kepada juruterbang dan penumpang.


Menerusi ruang kokpit terbuka berbanding kapal terbang sebenar, anda dapat merasai seolah-olah sedang terbang bebas seperti burung.


Nur Amalina yang lebih mesra disapa Elina berkata, sebagai seorang yang suka meneroka perkara baharu, aktiviti terbang dengan 'microlight' adalah impiannya sejak sekian lama.




Katanya, dia mula tertarik untuk mencabar diri melawan perasaan gayat selepas melihat perkongsian seorang pengguna media sosial yang dapat menyentuh awan ketika terbang dengan pesawat ringan unik itu.


"Saya menghubungi penyedia perkhidmatan 'microlight' di Taiping untuk mengetahui pakej ditawarkan dan memilih tarikh bersesuaian.


"Menariknya saya dan keluarga memilih pakej 'healing udara Taiping' di mana juruterbang membawa penumpang terbang mengelilingi bandar Taiping atau Kuala Sepetang selama 15 hingga 17 minit," katanya.


Apabila tiba tarikh ditetapkan, Elina mengakui perasaannya agak bercampur baur kerana pertama kali melakukan aktiviti terbabit.


"Ketika juruterbang memakaikan fon kepala dan topi keledar perasaan saya menjadi bercampur baur. Antara percaya atau tidak, mimpi atau realiti.


"Bagaimanapun, apabila kapal bergerak untuk berlepas, semua perasaan itu hilang dan digantikan dengan keterujaan yang menggunung," katanya.


Bercerita lanjut, Elina berkongsi, apabila kapal berada betul-betul pada ketinggian 10,000 kaki secara tiba-tiba dia tidak lagi dengar bunyi enjin.




"Pada ketika itu, suasana jadi senyap dan sunyi, tapi mendamaikan. Selepas kira-kira 20 hingga 30 saat baru bunyi enjin kembali menerpa gegendang telinga.


"Menaiki pesawat ringan tanpa dinding kapal, saya terasa diri seperti berada di awang-awangan," katanya.


Jelasnya lagi, ketika berada di udara dia dibawa mengelilingi ke tempat menarik di sekitar Taiping sambil menikmati keindahan langit saujana mata memandang.


"Dari atas saya dapat lihat Spritzer Ecopark yang menghijau dan mempesonakan serta gajah bersaiz kecil di Zoo Taiping. Kenderaan yang bergerak perlahan atas jalan raya dilihat seperti semut yang sedang beratur mencari makanan.


"Pokok yang tumbuh melata di Bukit Larut juga menyerupai sayur brokoli. Dari kejauhan saya boleh melihat Laut China Selatan yang membiru dan Jambatan Pulau Pinang," katanya.


Pada mulanya, dia menyangka agak lama dan mungkin membosankan apabila berada di udara, namun ternyata telahan itu meleset.


"Apabila berada di atas terasa seperti 30 saat ketika mata terpaku menikmati keindahan jagat raya dari atas sehingga tidak sedar masa berlalu pantas.


"Mulut saya terkumat-kamit mengucapkan syukur dan memuji-Nya kerana diberi rezeki cuaca yang elok serta kesihatan yang baik," katanya.


Baginya, pengalaman menaiki 'microlight' memberi impak yang mendalam buat dirinya apabila dapat lari daripada hiruk-pikuk apabila berada di darat.


"Saya sarankan kepada sesiapa yang berminat, tapi masih teragak-agak, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan aktiviti perlu dicuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup," katanya. - Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.038760 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list