CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

Lelaki lebih setia dengan tukang gunting rambut berbanding pasangan sendiri?

[Copy link]
Post time 19-4-2025 06:22 PM | Show all posts |Read mode


HUBUNGAN paling setia dalam hidup seorang lelaki mungkin bukan dengan pasangannya, tetapi dengan tukang gunting rambut.


Satu tinjauan yang dijalankan oleh Capital Hair and Beauty pada 2023 mendapati bahawa 75 peratus lelaki di Britain mengakui mereka lebih setia kepada tukang gunting rambut daripada pasangan masing-masing.


Lebih menarik, sebanyak 28 peratus lelaki mengaku tidak sanggup menukar tukang gunting mereka, sedangkan hanya 15 peratus wanita menunjukkan kesetiaan serupa terhadap penggaya rambut masing-masing.




Menurut pakar, ikatan itu terbentuk hasil daripada rutin yang konsisten, rasa selesa dan kepercayaan yang dibina selama bertahun-tahun.


Ramai pelanggan tetap biasanya akan kembali ke tukang gunting sama untuk tempoh yang sangat lama sehingga menjadikan hubungan itu lebih stabil dan kadangkala melebihi jangka hayat sesebuah hubungan percintaan.


"Tukang gunting saya tahu lebih banyak tentang hidup saya berbanding pasangan saya sendiri," kata seorang netizen di media sosial.


"Darah saya jenis apa, trauma saya, malah kata laluan WiFi pun dia tahu!," tulis seorang pengguna lain.


"Saya dah pergi ke tukang gunting yang sama setiap tiga minggu selama 18 tahun. Rasanya saya patut nikah saja dengan dia," kata seorang lagi.


Tidak hairanlah jika ada yang sanggup menunggu berjam-jam atau meredah jarak jauh semata-mata untuk mendapatkan khidmat tukang gunting rambut yang dipercayai.


Ini kerana bagi sebahagian lelaki, tukang gunting bukan sekadar pemotong rambut, tetapi insan yang menjaga keyakinan dan gaya diri mereka dengan penuh konsisten dan teliti. — Agensi


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-5-2025 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053506 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list