Edited by airfilterkotor at 20-4-2025 08:54 PM
Jalur Gemilang tanpa bulan sabit: TCE Baby Expo pula mohon maafOleh
Shawaliah Hadir -
19 April 2025
KUALA LUMPUR – TCE Baby Expo pula membuat permohonan maaf susulan insiden paparan Jalur Gemilang tanpa bulat sabit di belakang pentas melibatkan salah satu pempamernya.
Penganjur expo jualan barangan bayi itu berkata, pihaknya mengakui ia merupakan isu sensitif yang menyinggung rakyat Malaysia. Susulan itu, katanya, TCE Baby Expo mengambil tindakan segera dengan menghentikan dan menutup kiosk Singapore Lactation Bakes (SLB), pempamer yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.
“Walaupun kandungan tersebut datang dari pihak pempamer, kami tidak mengambil ringan tentang isu ini kerana TCE Baby Expo dibina atas kepercayaan dan kepercayaan anda adalah penting bagi kami. “Kami mohon sedikit masa dan kesabaran daripada orang ramai untuk kami selesaikan perkara ini sebaik mungkin,” katanya.
Selain itu, katanya, video yang menunjukkan bendera itu juga telah diturunkan. Tambah TCE Baby Expo lagi, pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman dan bekerjasama dengan semua pihak terlibat demi memastikan tindakan diambil sewajarnya.
“Kami mengambil serius tentang perkara ini dan sedang meneliti semula proses semakan kandungan bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi pada masa akan datang. “Sekali lagi, kami mohon maaf atas apa yang telah berlaku dan akan terus berusaha menjaga maruah serta identiti negara,” katanya lagi.
Baru-baru ini, tular di media sosial paparan bendera Malaysia di belakang pentas booth Singapore Lactation Bakes dalam TCE Baby Expo dilaporkan tiada simbol bulan sabit sehingga mencetuskan kritikan orang ramai.
Reka bentuk pada skrin belakang pentas hanya memaparkan 14 jalur dan bintang 14 pecah tanpa bulan sabit. Expo jualan berkenaan sedang berlangsung di sebuah pusat beli belah terkemuka di ibu kota dan pameran itu dijangka berakhir esok. – MalaysiaGazette
|