CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 82|Reply: 0

[Sarawak] Program SyStartup platform bimbing usahawan muda

[Copy link]
Post time 17-4-2025 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Platform wujudkan ramai usahawan muda, beri bimbingan agar kekal berdaya saing



Ripin (duduk kanan) bersama peserta semasa acara Meet and Greet Raya SyStartup di Stadium Tertutup Sibu, hari ini.
"SyStartup bukan sekadar program motivasi, ia menawarkan ekosistem lengkap iaitu daripada latihan, rangkaian perniagaan, akses pembiayaan kepada sokongan teknikal dan pemasaran.”

Datuk Dr Ripin Lamat
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan

Oleh Reno Benjamin

SIBU: Program Sarawak Youth Startup (SyStartup) berfungsi sebagai platform penting untuk mewujudkan lebih ramai usahawan muda di negeri ini, selain memberi bimbingan berterusan agar kekal berdaya saing.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat berkata, program itu bukan sahaja memberi pendedahan awal tentang keusahawanan, malah menawarkan bimbingan berterusan bagi memastikan perniagaan yang diceburi golongan belia dapat berkembang dan kekal berdaya saing.

"SyStartup bukan sekadar program motivasi, ia menawarkan ekosistem lengkap iaitu daripada latihan, rangkaian perniagaan, akses pembiayaan kepada sokongan teknikal dan pemasaran.

"Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Sarawak untuk memperkasakan belia dan memastikan mereka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri," ujarnya ketika berucap pada Majlis Meet and Greet Raya SyStartup di Stadium Tertutup Sibu di sini, hari ini.

Menurut Ripin, program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia termasuk di kawasan luar bandar.

"Ramai peserta yang bermula dari awal kini mampu menguruskan perniagaan kecil dan sederhana dengan lebih sistematik, malah ada yang berjaya berkembang ke pasaran dalam talian," jelasnya.

Beliau turut berkata, kerajaan negeri menyasarkan untuk memperluaskan program itu ke seluruh Sarawak bagi memastikan tiada golongan muda yang ketinggalan dalam peluang keusahawanan moden.

Ripin juga menggalakkan belia mengambil kesempatan daripada inisiatif kerajaan seperti SyStartup untuk mengubah idea mereka menjadi usaha niaga yang berdaya maju dan menjana pendapatan yang boleh memberi manfaat kepada komuniti.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Morshidi Fredrick.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.077043 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list