CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 520|Reply: 2

[GAMBAR] Nostalgia Kenduri Kahwin Di Kampung

[Copy link]
Post time 5-5-2025 07:39 AM | Show all posts |Read mode


Tiada yang dulu maka tiadalah yang sekarang. Sebutlah apa saja perkara, yang dahulu juga kita kenang dan masih berbekas di hati. Setuju?


Siapa di sini lahir dalam era 80-an pasti tercuit memori kalau ingat tentang majlis kenduri-kendara sekitar 80-an dan 90-an kan? Kerana itu semua kenangan indah yang tiada galang ganti nilainya.


Yalah, orang dulu-dulu kan punya nilai sentimental yang tinggi. Jom kita imbas kembali serba sedikit nostalgia kenduri kahwin dulu-dulu yang pasti kalian rindui.




1. Suasana kampung


Bagaikan pesta besar-besaran lagaknya, begitulah meriahnya kenduri orang dulu-dulu. Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di kampung.




Meriah dan seronoknya itu bagaikan tujuh hari tujuh malam. Daripada majlis khatam Al-Quran, malam berinai, itu dan ini semuanya meriah dilakukan bersama. Penat dan letih? Itu belakang kira. Janji dapat kumpul beramai-ramai.




2. Rewang


Amalan bergotong-royong atau di sesetengah tempat menggelarkannya dengan rewang adalah antara aktiviti yang paling dinanti-nanti kalau adanya kenduri kahwin. Jiran sekampung datang ke rumah ibu bapa pengantin membawa beras, gula, garam dan pelbagai bahan asas untuk dimasak beramai-ramai.




Itu belum termasuk sanak saudara yang jauh mahupun dekat, semuanya berhimpun. Ya, semua turut sama menyumbang. Dari segi tenaga, barangan asas mahupun wang ringgit semuanya dilakukan bersama. Bukan apa, tumpang seronok dengan kenduri orang. Kemudian sama-sama berganding bahu tolong memasak juadah yang akan dijamu kepada tetamu pada hari kenduri. Lazimnya persiapan dilakukan dua hari atau sehari lebih awal. Waktu inilah makcik-makcik membawang sakan! Hahaha… Memang bestlah!




3. Sarang Telur Rare dan Legend!


Tidak pasti pula sama ada sekarang masih ada atau tidak sarang telur plastik berkilau warna-warni seperti ini.




Mudah saja konsep kenduri kahwin orang dulu. Hanya stapler bahagian pemegangnya supaya telur tidak jatuh. Dan ada juga yang menggunakan tisu untuk membalut telur.




4. Pelamin


Ringkas dan straight forward. Itu yang dapat disimpulkan kala melihat koleksi foto pelamin dahulu. Ada sesetengahnya hanya menggunakan kerusi sahaja seperti gambar di ini.




Manakala hiasan pelamin pula rata-rata menggunakan kain satin yang berkilat dan ditambah dengan bunga mega di tengah-tengah. Sempoi habis!




5. Bilik Pengantin


Boleh dikatakan pengantin era 90-an dan lewat 80-an kebanyakannya menggunakan cadar dari kain baldu. Manakala bantal dan kipas pengantin pula diperincikan dengan benang tekat emas.




Antara warna yang popular pula seperti biru gelap, hijau gelap, merah gelap dan hitam. Siapa ada simpan lagi? Mesti sayang kan?




6. Makan Di Balai dan Khemah Berbumbungkan Zink


Jika di kampung, kebanyakannya mengekalkan tradisi makan kenduri di balai. Dan apabila di balai makanya duduk bersila beramai-ramai. Barulah feel waktu makan! Hahaha…




Dan jika dikawasan bandar pula, ada yang menggunakan kerusi besi dan berbumbungkan zink. Kalau panas tu faham-faham ajelah ya. Tapi soal panas tu ditolak tepi kerana semua yang datang turut memeriahkan majlis kahwin. Itulah fokus utamanya.




7. Talam dan Mangkuk Pinggan


Siapa ingat lagi makan dalam talam yang lazimnya dihidang untuk empat orang? Haa… bestkan! Dengan mangkuk bunga seperti ini, lauk pauk wajib seperti ayam masak merah, kurma daging, acar buah, dalca dan air sirap seakan terasa kesedapannya berganda.




Pendek kata memang semua sedaplah! Yalah, dah lauk pauknya dimasak beramai-ramai, memang makan bertambahlah. Ye tak?




8. Pengantin Basuh Periuk


Menjadi kelaziman selepas majlis selesai, pengantin akan tukar baju dan membantu kerja-kerja di dapur. Dan antara yang paling diingati adalah kedua mempelai membasuh segala periuk belanga, kawah dan sebagainya.




Ia simbolik kepada penghargaan kepada orang kampung yang bertungkus-lumus membantu tuan rumah dalam merealisasikan majlis perkahwinan tadi. Siapa pernah kena basuh periuk angkat tangan!

Pendek kata kemeriahan menyiapkan persediaan menjelang kenduri kahwin ketika dahulu lebih terasa. Apatah lagi bagi generasi terdahulu betapa penglibatan semua diambil kira. Semuanya memainkan peranan dalam membantu kelancaran majlis. Mungkin itulah kuncinya erat tali silaturahim sesama jiran tetangga, orang kampung juga sanak saudara yang dekat mahupun jauh. Ada lagi nostalgia atau memori kenduri kahwin orang dulu-dulu yang menggamit ingatan kalian? Jom kongsikan dengan kami!



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2025 05:55 AM | Show all posts
Menggamit kenangan betul gambar gambar ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 02:54 PM | Show all posts
mak iols pernah ada bantal yang jadi perhiasan kat pelamin tue, lebih kurang design mcm yg dalam gambar. warna merah maroon pastu corak bunga tue pakai benang emas, cantik sangatt.

iols sempat jugaklah merasa suasana kenduri kampung nie masa kecik2 dulu. tapi time dulu2 iols tak gemar kenduri sb selalu dapat tugasan basuh pinggan mangkuk.. nak patah pinggang weyhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.037151 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list