CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lebuh raya Cassia dinamakan semula Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi

[Copy link]
Post time 16-4-2025 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Lebuh raya Cassia dinamakan semula Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi

BERNAMA - April 16, 2025 @ 3:41pm




Lebuh raya Cassia dinamakan semula Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Foto PDC



GEORGE TOWN: Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang hari ini bersetuju menamakan Lebuhraya Bandar Cassia sebagai Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta mengibarkan bendera negeri separuh tiang pada Jumaat ini sebagai tanda penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri kelima itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata perkara itu amat siginifikan untuk menghargai jasa dan bakti Allahyarham Tun Abdullah yang membawa impak pembangunan kepada negeri berkenaan sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri dari 2003 hingga 2009.



Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. - Foto arkib NSTP.

"Memegang gelaran sebagai bandar masa depan Pulau Pinang, Allahyarham Tun Abdullah menamakan Bandar Cassia pada 24 Ogos 2004 dan memperoleh kelulusan daripada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) melalui Pelan Induk Bandar Cassia pada 26 Okt 2004.

"Penggunaan nama Bandar Cassia sebagai Bandar Baharu di Batu Kawan kemudiannya telah diluluskan oleh MMK pada 10 Ogos 2016.

"Justeru, kerajaan negeri ingin terus mengekalkan legasi Allahyarham Tun Abdullah dengan menamakan semula Lebuhraya Bandar Cassia kepada Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Chow berkata, pengibaran bendera negeri separuh tiang dilaksanakan membabitkan semua premis kerajaan dan pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri, malah pemilik premis bukan kerajaan juga diseru untuk berbuat demikian sebagai tanda penghormatan kepada Abdullah.

"Pemergian Tun Abdullah satu kehilangan besar kepada negara terutamanya Pulau Pinang. Semoga semua jasa dan bakti yang telah dicurahkan beliau dalam membangunkan negara serta negeri ini akan sentiasa tersemat dalam sanubari seluruh rakyat Malaysia dan juga Pulau Pinang," katanya.

Chow berkata Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah 'hadiah' terbesar Abdullah kepada penduduk Pulau Mutiara apabila beliau mengumumkan projek itu dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9) di Parlimen pada 2003.

Beliau berkata, impak jambatan kedua itu merancakkan pertumbuhan ekonomi antara Batu Maung (bahagian pulau) dan pembangunan Bandar Cassia di Batu Kawan sebagai zon perindustrian baharu.

Menurut Chow, selain Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Bandar Cassia, Pulau Pinang turut menerima banyak manfaat di bawah pentadbiran Abdullah antaranya pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang pertama dengan peruntukan RM1 bilion.

Selain itu, katanya manfaat lain di bawah pentadbiran Perdana Menteri kelima itu adalah pembangunan Penang Sentral dengan peruntukan RM2.7 bilion, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER).

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1385226/lebuh-raya-cassia-dinamakan-semula-jalan-tun-abdullah-ahmad-badawi





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.052779 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list