CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 106|Reply: 0

[Sarawak] Pihak hospital cari waris Teoh Kim Beng

[Copy link]
Post time 16-4-2025 11:23 AM | Show all posts |Read mode

TAMPIL…Waris Teoh Kim Beng @ Ali Abdullah diminta tampil ke Hospital Sentosa.

KUCHING: Hospital Sentosa Kuching kini memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris pesakit Teoh Kim Beng @ Ali Abdullah yang dirawat di hospital itu sejak 13 Januari lepas.

Menurut kenyataan media hospital, masih tiada waris atau keluarga yang tampil untuk memberikan maklumat lanjut mengenai pesakit berkenaan, yang merupakan warga emas lelaki berusia 71 tahun.

“Lelaki ini berasal dari Taman Petronesa 1, Petra Jaya, berbangsa Cina dan beragama Islam, kini berada dalam keadaan stabil.

“Namun, pihak hospital menghadapi kesukaran untuk menghubungi warisnya bagi tujuan tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihak hospital memohon kerjasama orang ramai yang mengenali pesakit ini atau mempunyai sebarang maklumat mengenai keluarga pesakit terbabit untuk tampil segera.

“Kami sangat memerlukan bantuan orang ramai untuk mengesan waris pesakit ini.

“Walaupun pesakit dalam keadaan stabil, tindakan segera diperlukan bagi urusan lanjut,” kata kenyataan itu lagi.

Sebarang maklumat berkaitan pesakit boleh disalurkan terus kepada Hospital Sentosa Kuching melalui talian 082-612321/612132 (ext. 32).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 1.908099 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list