CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

[Sarawak] MPS berdepan cabaran besar tadbir kawasan yang padat penduduk, pesat membangun

[Copy link]
Post time 16-4-2025 10:38 AM | Show all posts |Read mode


Dr Sim ketika berucap pada majlis tersebut pada Selasa.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) berdepan cabaran besar dalam mentadbir kawasan yang padat dengan penduduk dan pesat membangun, meskipun hanya memperoleh hasil tahunan sekitar RM74 juta.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, MPS bertanggungjawab terhadap lebih 248,000 penduduk dan 53,000 pegangan harta dalam kawasan seluas hanya 139.5 kilometer persegi.

“Daripada jumlah pegangan tersebut, sebanyak 45,000 merupakan unit kediaman yang tidak menyumbang kutipan cukai yang tinggi. Keadaan ini menghadkan keupayaan majlis untuk menjana pendapatan sendiri secara berkesan,” katanya ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MPS bagi penggal 2025–2028 di sini, pada Selasa.

Bagaimanapun, katanya, MPS masih mampu melaksanakan projek pembangunan bernilai RM80 juta setahun hasil sokongan Kerajaan Sarawak menerusi pelbagai sumber pembiayaan seperti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Dana Pembangunan Luar Bandar (RDP), Program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA), MARIS dan geran khas lain.

Mengulas prestasi kewangan negeri, Dr Sim memaklumkan bahawa hasil Sarawak telah meningkat kepada RM15.8 bilion pada tahun 2025 berbanding RM5.8 bilion pada tahun 2018.

“Peningkatan ini amat ketara dan bersamaan dengan 15 tahun hasil kerajaan Pulau Pinang atau lima tahun hasil kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Namun demikian, beliau turut menegaskan bahawa keperluan kewangan negeri juga tinggi bagi menampung pembangunan pendidikan dan sektor kesihatan.

Dalam pada itu, Dr Sim mengumumkan bahawa Projek Pembaharuan Bandar Sibu yang dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) akan dimulakan tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.

Katanya, sebanyak RM30 juta telah dibelanjakan untuk peringkat perancangan termasuk simulasi banjir serta reka bentuk sistem utiliti dan infrastruktur bandar.

“Fasa pelaksanaan kini bermula dan akan melibatkan peranan aktif MPS bersama LCDA dalam menjayakan transformasi bandar Sibu ke arah yang lebih moden dan mampan,” jelasnya.

Projek berkenaan merupakan antara inisiatif strategik di bawah RMK12 yang bakal berakhir tahun ini dan dirangka untuk mempercepatkan transformasi bandar-bandar utama Sarawak selaras dengan Visi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.060091 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list