CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pelancong Thailand ke Pulau Pinang meningkat 41 peratus

[Copy link]
Post time 15-4-2025 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 15-4-2025 05:42 PM

Pelancong Thailand ke Pulau Pinang meningkat 41 peratus

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
15 April 2025 10:19am




Hon Wai ketika menyampaikan ucapan pada Sesi Jaringan Pengalaman Pulau Pinang yang berlangsung di Hatyai, Selatan Thailand.



GEORGE TOWN - Pelancong dari Thailand kini menjadi antara penyumbang utama kepada sektor pelancongan Pulau Pinang apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) mencatatkan peningkatan jumlah pelancong dari negara itu sebanyak 41 peratus pada tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, peningkatan jumlah itu menjadikan Thailand berada dalam kelompok lima teratas negara penyumbang pelancong ke Pulau Pinang.


Menurutnya, perkembangan positif itu menunjukkan hubungan pelancongan dan budaya yang erat antara Pulau Pinang dan Thailand terus berkembang.


Hon Wai (tengah) ketika menghadiri Sesi Jaringan Pengalaman Pulau Pinang yang berlangsung di Hatyai, Selatan Thailand pada Selasa.



"Faktor geografi yang dekat serta persamaan budaya antara kedua-dua pihak menjadi kelebihan besar dalam merancakkan pertukaran pelancongan antara Thailand, khususnya wilayah selatan dan Pulau Pinang.


"Ketika ini, terdapat 40 penerbangan (terus) seminggu dari tiga lapangan terbang utama di Thailand termasuk Bangkok dan Phuket," katanya pada Selasa.

Hon Wan berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Sesi Jaringan Pengalaman Pulau Pinang yang berlangsung di Hatyai, Selatan Thailand.


Sesi tersebut dianjurkan oleh Kerajaan Pulau Pinang menerusi Penang Global Tourism (PGT).



Turut hadir, Pengarah Tourism Malaysia di Bangkok, Nurul Ain Mohammad Yunus; Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (Cawangan Pulau Pinang), Datuk Tony Goh, Ketua Pegawai Eksekutif PGT, Ooi Chok Yan serta wakil pelancongan dari Thailand.


Seramai 24 pemain industri pelancongan dari Pulau Pinang termasuk hotel, agensi pelancongan, kolej dan perancang perkahwinan menyertai sesi itu bagi membina kerjasama dan jaringan rentas sempadan.

Menurut Hon Wai, berdasarkan data Tourism Malaysia, sejumlah 1.6 juta pelancong Thailand melawat Malaysia pada 2024.

"80 peratus daripada mereka memasuki negara ini melalui jalan darat atau kereta api, menjadikan Selatan Thailand sebagai pasaran penting bagi pelancongan negeri ini.

"Saya menyambut baik pengumuman perkhidmatan tren langsung dari Hatyai ke Butterworth oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dijangka beroperasi pada suku ketiga tahun ini. Perkhidmatan itu dilihat mampu melonjakkan lagi jumlah pelancong dari Thailand ke Pulau Pinang," katanya lagi.

Dalam pada itu, sempena sesi berkenaan, kerajaan negeri turut memperkenalkan kempen pelancongan terbaharu iaitu 'Not The Penang You Know' yang menampilkan tarikan baharu dan pengalaman unik di luar George Town selain makanan jalanan yang sinonim dengan negeri ini.

Antara tarikan terbaharu yang diketengahkan termasuk Bertam Resort and Water Park yang diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai resort dengan kolam mandi dalam bilik terbesar di negara ini, serta Galeri Sejarah Pulau Pinang yang menawarkan pengalaman sejarah interaktif kepada pengunjung.

Hon Wai menambah, Pulau Pinang juga sedang memposisikan dirinya sebagai destinasi pendidikan dan pelancongan MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran) bersama institusi seperti Kolej SENTRAL serta Kolej IPK untuk menarik pelajar dari seluruh rantau selain kemudahan moden yang semakin bertambah untuk menyokong pelancongan perniagaan.

https://www.sinarharian.com.my/article/722909/edisi/utara/pelancong-thailand-ke-pulau-pinang-meningkat-41-peratus


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.045674 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list