CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 106|Reply: 0

[Pulau Pinang] 4 sekawan nafi rompak motosikal, telefon bimbit hingga mangsa cedera

[Copy link]
Post time 14-4-2025 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 14-4-2025 04:46 PM

4 sekawan nafi rompak motosikal, telefon bimbit hingga mangsa cedera

Oleh Nur Izzati Mohamad - April 14, 2025 @ 2:12pmbhnews@bh.com.my





Empat sekawan diiringi polis atas dua pertuduhan melakukan rompakan dengan melarikan sebuah motosikal dan dua unit telefon bimbit sehingga menyebabkan dua mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian 29 Mac dan 8 April lalu, didakwa di Mahkamah Butterworth. - Foto NSTP/DANIAL SAAD.




BUTTERWORTH: Empat sekawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan rompakan dengan melarikan sebuah motosikal dan dua unit telefon bimbit sehingga menyebabkan dua mangsa mengalami kecederaan dalam kejadian 29 Mac dan 8 April lalu.


Tertuduh, R Jegatisvaran, 35; R Keshen Raj dan T Naarentheran masing-masing berusia 21 tahun serta R Rakesh Ruhilan, 22 mohon kedua-dua kes mereka dibicarakan ketika pertuduhan dalam bahasa Tamil itu dibacakan berasingan dihadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mengikut pertuduhan pertama, keempat-empat lelaki itu didakwa bersama-sama dengan seorang lagi masih bebas merompak motosikal jenis Yamaha Y125ZR hingga menyebabkan mangsa berusia 25 tahun mengalami kecederaan dalam kejadian di belakang pondok kosong, Jalan Telaga Air, di sini pada 29 Mac lalu, kira-kira jam 5.30 petang

Bagi pertuduhan kedua, empat tertuduh turut didakwa melakukan rompakan terhadap mangsa berusia 17 tahun dengan melarikan dua unit telefon bimbit hingga mendatangkan kecederaan dalam kejadian di kawasan padang bola di Mak Mandin, Taman Suka Ria, di sini, kira-kira jam 2 pagi, 8 April lalu.

Pendakwaan untuk dua kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin manakala kesemua tertuduh diwakili peguam P Vaasudevan.

Semasa prosiding, Muhammad Rifaie tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua pertuduhan itu memandangkan Seskyen 394 Kanun Keseksaan adalah kesalahan yang tidak boleh diikat jamin.

"Walaupun fakta kes belum dibuktikan pihak pendakwaan mengambil kira cara samun (rompakan) itu berlaku.

"Untuk kes pertama, keempat-empat tertuduh berjumpa dengan mangsa dengan bertanya samaada mangsa menjual dadah, mangsa menafikannya dan dia telah dipukul sebelum disamun yang sekiranya tertuduh diberi jaminan boleh memberi ketakutan kepada mangsa.

"Kes kedua pula, dikhuatiri keempat-empat tertuduh menganggu mangsa apabila tempat tinggal mangsa dan kesemua mereka terlibat di kawasan sama," katanya.

Bagaimanapun, Vaasudevan dalam rayuannya memohon kesemua anak guamnya diberikan ikat jamin dengan berjanji akan mematuhi segala syarat tambahan dikenakan.

"Tertuduh pertama telah berkahwin dan mempunyai anak berusia empat tahun serta menjaga ibu bapa yang uzur dengan memperoleh pendapatan antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan melalui hasil menjual besi buruk.

"Bagi tertuduh kedua perlu menanggung seorang bapa yang uzur dengan pendapatan RM1,700 sebulan dan tertuduh ketiga bekerja sebagai penghantar barang dengan pendapatan tidak tetap manakala tertuduh keempat tidak bekerja," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM18,000 seorang bagi kedua-dua pertuduhan beserta syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Kes akan disebut pada 14 Mei depan untuk serahan dokumen dan laporan perubatan mangsa.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1384238/4-sekawan-nafi-rompak-motosikal-telefon-bimbit-hingga-mangsa-cedera






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.045232 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list