CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penawar luka penyokong Harimau Kumbang - Wan Rohaimi

[Copy link]
Post time 14-4-2025 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Penawar luka penyokong Harimau Kumbang - Wan Rohaimi

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - April 14, 2025 @ 1:38pm bhsukan@bh.com.my





Alif Ikmalrizal (kiri) diasak bek tengah Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya. Foto Facebook KL City FC




GEORGETOWN: Pengendali Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail menyifatkan kejayaan menundukkan Kuala Lumpur City FC (KL City) 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya di sini, malam tadi amat bermakna buat pasukannya.

Beliau berkata, kejayaan kedua tersebut selepas menang 2-0 ke atas Negeri Sembilan FC Sabtu lalu bukan sahaja menandakan kebangkitan anak buahnya malah menjadi penawar luka buat penyokong setia skuad Harimau Kumbang.

"Saya boleh katakan satu perjuangan yang jujur daripada pemain, bukan senang nak menang kita tahu KL City berpengalaman dengan mereka memberi tentangan yang amat sengit.

"Rentetan prestasi dengan dua kemenangan berturut-turut bagi saya boleh dibanggakan walaupun kita masih berada di zon bawahan, saya harap dapat mengubati luka peminat pasukan kami.

"Saya juga patut beri pujian kepada semua pemain atas kesungguhan, komitmen untuk merealisasikan hasrat pasukan meraih tiga mata penuh pada perlawanan terakhir di bumi Pulau Pinang," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu, gol penyerang skuad Bawah 23 Tahun, Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar pada minit ke-27 memastikan kemenangan tuan rumah.

Wan Rohaimi dalam perkembangan sama berharap momentum kemenangan tersebut menjadi bekalan semangat kepada anak buahnya menjelang aksi terakhir menentang Sri Pahang FC di gelanggang lawan, 19 April ini.

"Saya harap momentum dua perlawanan selepas Hari Raya Aidilfitri ini dapat diteruskan, kita ada empat hingga lima hari, kami tetap dengan matlamat tiga mata penuh tidak kira di laman sendiri atau di tempat lawan," katanya.

Wan Rohaimi ketika diminta mengulas mengenai harapan beliau berbaki satu lagi perlawanan musim ini turut meluahkan rasa puas hati terhadap perkembangan pasukan sejak beliau mengambil alih tampuk kejurulatihan, November lalu.

"Alhamdulillah bermula hari pertama saya masuk sehingga sekarang saya nampak perubahan yang boleh dikatakan ketara yang mana Penang mula ada corak permainan, arah tuju disertai keputusan-keputusan memihak kepada pasukan.

"Bola sepak ini subjektif, kadang-kadang kita main bagus tetapi kita kalah dan dalam dua tiga perlawanan kebelakangan ini kita dapat keputusan positif itu yang membuatkan saya puas hati," ujarnya.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/04/1384220/penawar-luka-penyokong-harimau-kumbang-wan-rohaimi





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.039521 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list