CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98|Reply: 0

[Sarawak] Bintulu kluster perindustrian rendah karbon

[Copy link]
Post time 7-4-2025 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Pegawai tertinggi WEF berminat ketahui secara mendalam projek pembangunan Sarawak yang berteraskan tenaga diperbaharui



Abang Johari (tengah) bergambar bersama tetamu kehormat dan hadirin yang hadir pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran BDA di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Bintulu dilihat sebagai kluster perindustrian yang keempat di dunia yang menekankan pembangunan tenaga diperbarui dan rendah karbon di rantau ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Jelasnya, usaha gigih Sarawak ini dikukuhkan lagi dengan pandangan pegawai tertinggi dari Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berminat untuk mengetahui secara mendalam mengenai projek pembangunan negeri ini yang berteraskan tenaga diperbaharui.

"Saya berasa terkejut dengan minat mendalam yang ditunjukkan oleh pegawai kanan dari Geneva yang menyifatkan Sarawak sebagai kluster perindustrian yang membangunkan industri rendah karbon dan tenaga diperbarui yang mesra alam dan mempunyai impak minimum terhadap alam sekitar," ujarnya.

Abang Johari berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri  Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di pekarangan Balai Raya Kampung Assyakirin hari ini.

Abang johari berkata bagi tujuan itu, beliau sendiri akan dijemput menyampaikan ucapan di WEF di Davos, Switzerland pada hujung tahun ini.

Katanya, kerajaan telah berusaha gigih membangunkan industri yang menekankan kedua-dua aspek ini dan tidak menyangka bahawa negara luar sedang ‘meneropong’ dari aspek positif mengenai projek pembangunan yang sedang berlaku di Sarawak.

"Ia adalah sesuatu yang membanggakan kita dan seluruh rakyat negeri ini kerana ia merupakan petanda baik terutama bagi menarik lebih ramai pelabur dari negara luar datang melabur di negeri ini," jelasnya.

Bagi tujuan itu katanya, kerajaan akan memastikan pembangunan yang dirancang selama ini akan dilaksanakan dengan baik supaya impian menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri kluster rendah karbon akan dapat direalisasikan pada masa depan.

Justeru, Sarawak memerlukan kestabilan politik yang yang berterusan supaya setiap rancangan pembangunan yang dirancang akan dapat dicapai sekali gus menjadikan negeri ini sebagai hab industri penting di rantau ini.

"Bagi tujuan itu, Kerajaan Sarawak akan memastikan generasi muda mempunyai tahap pendidikan yang relevan khususnya dalam sektor perindustrian supaya mereka dapat berkhidmat serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan perindustrian di negeri ini," ujarnya.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/04/06/bintulu-kluster-perindustrian-rendah-karbon

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.061927 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list