CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 97|Reply: 0

[Sarawak] Guna produk semula jadi buatan sendiri, kulit penghidap psoriasis bertambah baik

[Copy link]
Post time 7-4-2025 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-4-2025 04:23 PM



Janet (kanan) dan Jessica ketika ditemui di Kuching Natural Farmers' Market Ke-28 yang diadakan di tempat letak kereta berbumbung MBKS, hari ini.
KUCHING: Seorang wanita yang menghidap psoriasis melihat keadaan kulitnya bertambah baik selepas beralih kepada produk semula jadi buatan tangan yang dirumusnya sendiri.

Janet Yeo, 62, memulakan perjalanannya dengan membuat sabun untuk kegunaan peribadi dan sejak itu, mengembangkan barisan produknya termasuk losyen, balm bibir, serbuk pembersih bijirin oat dengan krim kelapa untuk muka dan badan serta semburan bilik wangi.

Bercakap kepada The Borneo Post semasa menjual produknya di Kuching Natural Farmers' Market Ke-28 yang diadakan hari ini di tempat letak kereta berbumbung Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Janet menjelaskan semua produknya adalah semula jadi dan bebas daripada bahan kimia yang boleh merengsakan kulit.

"Ia adalah hobi dan minat saya. Saya mula membuat sabun kerana saya mempunyai beberapa masalah kulit - saya mempunyai psoriasis.

"Jadi saya mula mencipta sabun untuk kegunaan saya sendiri dan tidak membelinya dari gedung serbaneka," kata Janet, yang juga ejen insurans sepenuh masa.
"Selepas itu, kami menceburi bidang pembuatan balm bibir, losyen dan produk lain. Saya berasa lebih baik.

"Sabun buatan sendiri ini dibuat dengan minyak berfaedah seperti minyak zaitun dan minyak kelapa," tambahnya.


Sabun buatan Janet, diadun dengan minyak pati pudina.

Janet berkongsi wangian dalam produknya datang secara eksklusif daripada minyak pati.

Beliau juga menerangkan proses pembuatan sabunnya yang bermula dengan mencampurkan pelbagai minyak seperti minyak macadamia, minyak avokado dan minyak kastor.

"Semasa proses bancuhan, gliserin terbentuk secara semula jadi. Gliserin menarik kelembapan pada kulit.

"Jadi apabila anda mandi dengan sabun ini, anda akan perasan kulit anda tidak berasa kering," jelasnya.

Beliau menambah campuran itu diadun dengan teliti sehingga mencapai tahap seperti kuah yang tidak terlalu cair.

Minyak pati, seperti pudina, ditambah sebelum campuran dituangkan ke dalam acuan, katanya.

"Selepas menuang, saya biarkan sabun selama beberapa hari. Setelah haba dalam adunan sabun tadi sejuk, saya keluarkan dari acuan, potong menjadi bar, dan kemudian biarkan sabun selama 30 hingga 45 hari.

"Proses pengawetan membantu menyejat kelembapan berlebihan dan mengeraskan sabun, "jelasnya.

Apabila ditanya mengenai maklum balas pelanggan, Yeo berkata beliau sering mendapat maklum balas yang sangat menggalakkan.

"Salah seorang pelanggan memberitahu saya sabun itu sangat bagus. Beliau sebelum ini membeli sabun semula jadi yang serupa dari Australia tetapi berasakan sabun saya lebih baik," kongsinya.

Janet juga menghasilkan losyen badannya sendiri, yang dipelajarinya selepas menghadiri satu kelas di ibu negara.

"Anda boleh pilih antara pekat atau lebih ringan teksturnya. Yang saya hasilkan adalah ringan dan tidak melekit," katanya.

Antara produk terbaharunya ialah serbuk pembersih bijirin oat dengan krim kelapa untuk muka dan badan, yang dilancarkannya hari ini.


Bijirin Oat dengan krim kelapa untuk pembersih muka dan badan serta semburan bilik wangi.

"Produk ini adalah pembersih yang sangat lembut dan sesuai untuk muka dan badan. Bijirin oat bertindak sebagai pengelupas lembut dan memberikan skrub ringan tanpa merengsakan kulit. Digabungkan dengan krim kelapa, ia melembap dan menyuburkan kulit.

"Ia juga mengandungi tanah liat bentonit, yang membantu menyah toksik kulit dan agen pembuih ringan," jelasnya.

Tambahnya, apabila diadun dengan madu, produk itu menjadi lebih lembap dan sesuai untuk kulit sensitif.

Bagaimanapun, dia menasihatkan pelanggan untuk melakukan ujian tampalan 24 jam terlebih dahulu.

"Walaupun bahan-bahannya semula jadi, sesetengah orang mungkin masih sensitif atau mendapat alahan," katanya.

Mengenai rangkaian balm bibirnya, Janet berkata ia datang dalam pelbagai warna, daripada merah hingga rona neutral, semuanya dibuat menggunakan pigmen semula jadi.

"Saya mulakan dengan warna yang dipanggil 'Wain Merah'. Ia kelihatan gelap di dalam tiub, tetapi apabila digunakan, ia kelihatan sangat semula jadi pada bibir.

"Selain menambah warna, ia melembapkan bibir dan juga mengandungi minyak pati pudina seperti sabun buatan sendiri yang membantu meningkatkan peredaran darah supaya bibir tidak kelihatan pucat, "katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa balm bibirnya adalah vegan, dibuat sepenuhnya tanpa bahan-bahan yang berasal dari haiwa, malah lilinnya juga berasaskan tumbuhan.

Kebanyakan ramuannya diperoleh secara tempatan melalui pembekalnya di Kuching, walaupun beliau juga terpaksa membeli barangan tertentu yang sukar didapati daripada penjual dalam talian yang boleh dipercayai.

Janet dan rakannya Jessica Chen, 60, bersama-sama menguruskan gerai mereka dan menjadi peserta tetap program tersebut sejak September tahun lalu, dengan Janet menghasilkan produk dan Jessica fokus kepada promosi.

Pasar berkenaan diadakan pada Sabtu pertama setiap bulan, dianjurkan oleh Kuching Natural Farmers' Market, iaitu satu inisiatif yang disokong oleh MBKS.

Hari ini, pasar berkenaan dibuka bermula jam 7.30 sehingga 11 pagi, menampilkan 28 gerai yang menawarkan produk semula jadi untuk dimakan, tumbuh-tumbuhan dan juga gerai pengambilan haiwan peliharaan, sebagai tambahan kepada produk penjagaan badan semula jadi.

Selain menjual di gerai semasa acara atau program awam seperti ini, produk mereka juga boleh didapati secara dalam talian melalui akaun Instagram rasmi mereka, Truly1Yours.


Balm bibir yang dijual oleh Janet dan Jessica di pasaran.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.076849 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list