View: 396|Reply: 11
|
[Tempatan]
Pembunuhan Terbaharu Gajah Pygmy Di Sabah, Pelaku Akan Dikenakan Hukuman Berat
[Copy link]
|
|
Pembunuhan Terbaharu Gajah Pygmy Di Sabah, Pelaku Akan Dikenakan Hukuman Berat

Individu yang didapati bertanggungjawab terhadap pembunuhan gajah pygmy Borneo dengan memenggal kepala hiawan itu akan didakwa dan dikenakan hukuman berat mengikut undang-undang, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew.
Liew berkata Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) sangat bimbang dengan penemuan bangkai gajah Pygmy Borneo tanpa kepala di Tawau baru-baru ini dan insiden itu telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Mohd Soffian Abu Bakar.
Beliau berkata ini merupakan insiden kedua dalam tempoh yang singkat, menunjukkan kemungkinan wujudnya aktiviti pemburuan haram di negeri itu.
“Jabatan Hidupan Liar Sabah telah melancarkan siasatan segera terhadap insiden itu. Sebarang tindakan kejam dan pemburuan haram terhadap hidupan liar yang dilindungi di Sabah tidak akan dikompromi.
“Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mengenal pasti pelaku tersebut seterusnya didakwa dan dikenakan hukuman berat mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata langkah penguatkuasaan juga telah dipertingkatkan termasuk melaksanakan operasi bersepadu dan sekatan jalan raya bersama agensi keselamatan lain di lokasi utama bagi mencegah aktiviti haram tersebut.
Liew turut menegaskan insiden terbaharu itu menunjukkan terdapat keperluan mendesak bagi kerjasama antara agensi penguatkuasaan negeri dan Persekutuan, komuniti tempatan serta orang awam dalam meningkatkan kewaspadaan.
“Kami (di KePKAS) menyeru semua pihak untuk berkongsi sebarang maklumat yang mungkin boleh membantu siasatan dan terus komited dalam melindungi biodiversiti unik Sabah,” katanya.
Beliau berkata dengan anggaran populasi gajah pygmy Borneo hanya tinggal 1,500 hingga 2,000 ekor di habitat liar, setiap kehilangan memberi kesan kepada usaha berterusan untuk melindungi dan memulihara spesies terancam itu.
Pembunuhan Terbaharu Gajah Pygmy Di Sabah, Pelaku Akan Dikenakan Hukuman BeratChristina Liew, gajah pygmy Borneo, Sabah, teranca
|
|
|
|
|
|
|
|
Hukum sebat 100 kali ...biar hancur daging bontot dia |
|
|
|
|
|
|
|
sial nya sape yg buat tu
harap kena hukuman setimpal |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 yang bunuh VVIP. Huntok koleksi letak kat dinding. |
|
|
|
|
|
|
|
Hukuman berat??? Bagila MAK GAJAH duduk atas dia.Saya percaya mak gajah tu tersangat la berat..... |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 6-4-2025 10:48 PM
Kain pelekat akak cap gajah duduk, ringan jah, berangin...
itu...'gajah cap ayam'( )Gajah ori bosar atas tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
literally ... that is true 
|
|
|
|
|
|
|
|
Potong kepala dia sebagaimana dia potong kepala gajah tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 7-4-2025 03:35 PM
Potong kepala dia sebagaimana dia potong kepala gajah tu.
Negeri Sabah paling banyak corruption..percayalah akan banyak kes lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|