NEW DELHI – Seorang isteri terpaksa mengalah dalam pertengkaran dan meminta maaf daripada suaminya ketika mereka menaiki kayak di tengah laut, lapor laman berita Hindustan Times.
Dalam kejadian itu, si suami tiba-tiba berhenti mendayung kayak sebagai usaha mencari penyelesaian dalam pertengkaran mereka.
Satu rakaman video yang dikongsi oleh pengguna Instagram, Arushi Trivedi menunjukkan si suami dikenali sebagai Kartik enggan mendayung kayak kecuali isterinya meminta maaf.
“Saya terpaksa meminta maaf.
“Minta maaf apabila anda berada di tengah laut di atas kayak yang dinaiki oleh dua orang,” tulis Arushi. – AGENSI
|