CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 629|Reply: 13

[Tempatan] Kelirukan isu lagu Negaraku: Polis buka dua kertas siasatan terhadap pempengaruh politik

[Copy link]
Post time 6-4-2025 09:26 AM | Show all posts |Read mode

TELUK INTAN: Polis membuka dua kertas siasatan terhadap seorang pempengaruh politik yang disyaki mencetuskan polemik berkaitan nyanyian lagu kebangsaan susulan video tular memaparkan murid sebuah sekolah menyanyikan Lagu Kebesaran Negeri Perak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin, berkata siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata, siasatan dibuka berpandukan tiga laporan polis yang diterima sejak jam 7 petang semalam berkaitan klip video berdurasi 3 minit 40 saat itu yang tular di media sosial.

"Siasatan awal mendapati, video itu dirakam 6 Jun tahun lalu ketika Majlis Pelancaran Kelab Tarian Naga di sekolah dalam kawasan Teluk Intan, di mana memaparkan sekumpulan kanak-kanak sekolah itu menyanyikan Lagu Kebesaran Negeri Perak.

"Video itu diikuti komen daripada seorang pempengaruh politik yang mencetuskan kontroversi apabila dia mempertikaikan lagu kebangsaan negara dinyanyikan dalam bahasa selain daripada Bahasa Melayu, justeru mendakwa video itu melanggar protokol lagu kebangsaan.

"Pempengaruh itu turut memetik Seksyen 2 Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang melarang sebarang perubahan lirik atau nyanyian lagu kebangsaan dalam bahasa lain.

"Bagaimanapun, lagu dinyanyikan kanak-kanak itu bukan lagu kebangsaan, tetapi adalah lagu kebesaran negeri Perak. Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil pempengaruh terbabit untuk membantu siasatan," katanya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan kekesalan terhadap tindakan seorang pempengaruh politik yang menularkan video mengelirukan.

Video itu mendakwa lagu kebangsaan 'Negaraku' dinyanyikan bukan dalam bahasa kebangsaan di sebuah sekolah di Perak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Owh makna kata lagu kebangsaan negeri blh nyanyi selain Dr bahasa melayu?

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 6-4-2025 09:30 AM
Owh makna kata lagu kebangsaan negeri blh nyanyi selain Dr bahasa melayu?

Nok, hang pun bengap cam ratu gundu ke? Dia yg ckp bebudak tu nyanyi negaraku dlm bahasa cina tp sebenarnya lagu negeri perak dalam bahasa melayu le derang nyanyi. Sekarang dia dah delete sebelum tu kemain ckp akta itu akta ini dgn buat muka cibai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 6-4-2025 09:30 AM
Owh makna kata lagu kebangsaan negeri blh nyanyi selain Dr bahasa melayu?

Lagu kebangsaan Negaraku mmg based on lagu negeri Perak. Lagu negeri Perak pula di 'ciplak' dari lagu hasil ciptaan komposer Perancis katanya. X tau la kerajaan bayar ke tak royalti kpd komposer tu.

Btw, klu dgr music saja, mmg dgr sama. Cuma lirik saja berbeza. Si naga betina ni pulak mangkaq. Tengok video music mcm lagu negaraku tp budak2 Cina menyanyi lirik lain, terus tuduh depa nyanyi lagu negaraku dalam bahasa cina. Padahal nyanyi dlm BM, cuma pelat cina tu x hilang.

Selamat hulur tin milo la naga betina. Moga2 ada yg nak bantu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 03:21 PM | Show all posts
Terbaca tentang ni viral dalam whatsapp terpaksa menahan diri dari mencerca influencer bimbo ni now ada dalam forum... syukur.

Budak2 cina nyanyi lagu kebesaran negeri Perak dikatakan 'Negaraku' dalam bahasa cina what could be more stupid
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 03:24 PM | Show all posts
Apoo replied at 6-4-2025 09:51 AM
Lagu kebangsaan Negaraku mmg based on lagu negeri Perak. Lagu negeri Perak pula di 'ciplak' dari l ...

Ada banyak prior version tune negaraku ni but let it rest lah. Tak ada faedah nak korek balik pun, banyk lagi kerja lain boleh dibuat.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2025 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-4-2025 03:21 PM
Terbaca tentang ni viral dalam whatsapp terpaksa menahan diri dari mencerca influencer bimbo ni now  ...

The only kesalahan budak2 tu nyianyi x boreh sebut the letter R... Dan sebut L dingan R pura.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 05:53 PM | Show all posts
otai_g replied at 6-4-2025 09:30 AM
Owh makna kata lagu kebangsaan negeri blh nyanyi selain Dr bahasa melayu?

ni mesti puak tak ambil subjek yg ada perlu fikir maksud tersurat atau tersirat, atau pemikiran kritis and kreatif atau kbat atau sewaktu dengannya sebab still tanya soalan tak cerdik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2025 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 6-4-2025 09:30 AM
Owh makna kata lagu kebangsaan negeri blh nyanyi selain Dr bahasa melayu?

Video yang dia ulas tu bukan lagu negaraku tapi lagu negeri perak yang dinyanyikan dalam bahasa Melayu dalam video tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 09:25 AM | Show all posts
otai_g replied at 6-4-2025 01:30 AM
Owh makna kata lagu kebangsaan negeri blh nyanyi selain Dr bahasa melayu?

budak2 tu nyanyi lagu perak dalam bahasa melayu la..jangan mudah terpengaruh....benci2 jugak kat DAP, tapi kena la bijak sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Lambat bertindak. Merata da monyet2 pekak dah komen macam2
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2025 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Pencipta melodi asal rilek je tak kecoh..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-4-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 3.081307 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list