CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 449|Reply: 4

[Cinta] Terperangkap dengan pasangan narsisistik? 6 cara selamatkan hubungan, fokus kebahagiaan diri

[Copy link]
Post time 5-4-2025 04:58 PM | Show all posts |Read mode

DALAM sesebuah hubungan, kepercayaan dan penghargaan antara satu sama lain adalah kunci utama kebahagiaan. Namun, apabila pasangan mempunyai sifat narsisistik, keseimbangan ini boleh terganggu.

Individu dengan karakter narsisistik sering kali mempunyai keinginan yang tinggi untuk dikagumi, kurang empati terhadap perasaan orang lain, dan cenderung memanipulasi keadaan demi kepentingan diri sendiri.

Ini boleh menyebabkan pasangan mereka berasa terperangkap dalam hubungan yang penuh tekanan dan ketidakseimbangan emosi.

Jika anda memilih untuk terus berada dalam hubungan sebegini, berikut enam cara untuk menghadapinya:



1. Jangan berharap dia akan setia

Pasangan narsisistik sukar untuk setia kerana mereka sentiasa dahagakan perhatian dan penghargaan dari orang lain.

Oleh itu, jangan terlalu mengharapkan kesetiaan 100 peratus daripada mereka. Sebaliknya, terimalah hakikat ini dan serahkan segalanya kepada Tuhan dengan berdoa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi situasi ini.


2. Luahkan perasaan anda

Jangan pendamkan rasa sakit hati akibat perbuatannya. Walaupun pasangan anda mungkin tidak akan berubah, sekurang-kurangnya dia sedar bahawa tindakannya menyakitkan anda.

Nyatakan perasaan anda dengan jelas tanpa perlu bertengkar atau menunjukkan kelemahan diri.


3. Jangan terlalu memikirkannya

Elakkan daripada terlalu memikirkan pasangan anda sehingga mengabaikan kebahagiaan dan kesejahteraan diri sendiri.

Jangan mudah menerima segala yang dilakukan oleh pasangan anda tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap diri anda. Bersikap tegas dan utamakan keperluan serta harga diri sendiri.


4. Jangan berdebat betul atau salah

Salah satu ciri utama individu narsisistik ialah mereka tidak akan mengaku salah, walaupun mereka yang bersalah.

Berdebat tentang sesuatu isu hanya akan membuang masa dan tenaga anda kerana mereka tetap akan merasakan diri mereka betul.

Daripada membazir tenaga berdebat, lebih baik fokus kepada kesejahteraan emosi dan mental anda sendiri.


5. Dapatkan sokongan moral

Hadapi hubungan ini dengan mencari sokongan moral daripada individu yang memahami situasi anda.

Pilih rakan atau ahli keluarga yang boleh memberikan nasihat dan bukan yang hanya membuat anda rasa lebih tertekan.

Berbicaralah dengan mereka yang boleh memberi anda motivasi dan perspektif yang lebih baik tentang hubungan ini.


6. Pertimbangkan untuk keluar dari hubungan

Jika anda mendapati bahawa semua usaha anda untuk bertahan dalam hubungan ini tidak membuahkan hasil dan anda terus berasa tertekan, maka pilihan terbaik adalah untuk keluar dari hubungan toksik ini.

Jangan takut untuk melepaskan sesuatu yang menyakitkan jika ia tidak membawa kebahagiaan kepada anda.

Berada dalam hubungan dengan pasangan narsisistik memerlukan kekuatan mental dan emosi yang tinggi. Jika anda memilih untuk bertahan, pastikan anda mengamalkan enam langkah ini untuk menjaga kesejahteraan diri sendiri.

Namun, jika hubungan itu lebih banyak membawa mudarat daripada kebaikan, jangan takut untuk melepaskan dan mencari kebahagiaan yang lebih baik. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Lari jauh2 la cerai ja, terus hidup aman
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2025 12:44 PM | Show all posts
aku ada kenal org yg stuck dgn pasangan narsis ni. susah nak keluar dari relationship tu. sebab at one point org tu akan love bomb sakan. memujuk sakan. hati mau kuat. setakat ni dekat 10 tahun la member masih berkahwin. tiap2 tahun kot ada drama. kita ni dengar je la. nak nasihat pun mcm dah lali. Syukur je la dlm hati kita tak hadap masalah yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2025 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn iolss pun ade yg mcm ni...tp kwn iolss ni pandai skt... Rumah,kete,tanah kebun atas nama dia ye...Tah mcm mn dia mengayat suami dia letak nama dia...dia ckp lantak p kan je suami dia gan perangai NPD dia tu..cukup bulan dpt duit pocket,duit belanje dapur,duit tuesyen anak2...nak beria pening kepala gan perangai suami dia,mmg x dia ckp....Ade seorg kwn iolss ckp mungkin kwn iolss tu dark empathy atau ape Tah satu lg lupa pulak iolss..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2025 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg bini dpt reta duit semua tapi ada anak2 lari x suka balik kg rumah spt neraka pi belajar rajin2 kerja oversea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048671 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list