CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bilal meninggal beberapa minit sebelum solat sunat Aidilfitri

[Copy link]
Post time 2-4-2025 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Bilal meninggal beberapa minit sebelum solat sunat Aidilfitri

Oleh Nur Izzati Mohamad - April 1, 2025 @ 1:28pm bhnews@bh.com.my





Anggota Pertahanan Awam (APM) Seberang Perai Utara melakukan CPR terhadap bilal yang tidak sedarkan diri ketika membuat persiapan menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Bagan Jermal, semalam. - Foto Ihsan APM Seberang Perai Utara




BUTTERWORTH: Seorang bilal dilaporkan meninggal dunia ketika jemaah bersiap sedia menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Bagan Jermal, di sini, pagi semalam.

Rosli Md Zain, 49, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Utara Kapten (PA) Widiana Mohd Ani, berkata empat anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada pengerusi masjid berkenaan pada jam 7.21 pagi
.
"Mangsa ditemukan bersandar di kerusi masjid dan tidak sedarkan diri sebelum dibaringkan untuk prosedur prosedur resusitasi kardio-pulmonari (CPR) pada jam 7.26 pagi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, mangsa diberi CPR selama 20 minit sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM," katanya.

Sementara itu, Widiana berkata, sempena sambutan Aidilfitri, APM melaksanakan Op Prihatin fasa kedua bermula 29 Mac hingga 6 April.

Katanya, inisiatif itu membolehkan anggota bertugas pada musim perayaan memberi rawatan awal dan khidmat kemanusiaan.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2025/04/1379268/bilal-meninggal-beberapa-minit-sebelum-solat-sunat-aidilfitri





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.047636 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list