CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 1

[Pulau Pinang] Gegaran gempa bumi tak jejas struktur bangunan, jambatan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 29-3-2025 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Gegaran gempa bumi tak jejas struktur bangunan, jambatan di Pulau Pinang

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 29, 2025 @ 2:51pm bhnews@bh.com.my




Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada sidang media di Tingkat 28, Komtar. - Foto NSTP/MIKAIL ONG






















BATU KAWAN: Semua bangunan termasuk dua jambatan di Pulau Pinang berada dalam keadaan baik dan tidak terjejas susulan kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar dan Bangkok, Thailand, semalam.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow, berkata kebanyakan bangunan dan jambatan dibina dengan struktur reka bentuk yang berupaya menampung gegaran pada skala tertentu.

Berikutan itu, katanya keadaan di Pulau Pinang masih selamat dari sebarang perkara berbahaya.

" KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) memang dibina dengan mengambil kira gempa bumi termasuk jambatan-jambatan kita.

"Reka bentuk struktur bangunan dan jambatan kita dapat menampung gegaran pada skala tertentu, jadi semuanya selamat dan tidak terkesan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan penduduk di sekitar Pulau Pinang yang merasai gegaran ringan susulan gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda Myanmar termasuk Thailand, petang semalam.

Sebelum itu, Kon Yeow hadir pada Program Jualan Rahmah MADANI Parlimen Batu Kawan, di Taman Merak, di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, beliau tidak merasai sebarang gegaran ketika mempengerusikan mesyuarat di Bilik Gerakan di KOMTAR semalam tetapi ada beberapa wakil rakyat memaklumkan kepadanya bahawa mereka berasa pening.

"Kemudian tidak lama sejurus itu, saya terima banyak mesej yang bertanyakan mengenai kejadian ini termasuk dari anak sendiri dan memaklumkan mereka turun dari bangunan selepas merasai gegaran,"katanya.

Difahamkan, antara kawasan yang merasai gegaran itu selain KOMTAR adalah bangunan Livingstone dan beberapa bangunan di kawasan Butterworth.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sudah menjalankan pemeriksaan lanjut sejurus kejadian gegaran dilaporkan.

"Ia ada prosedur biasa yang dilakukan anggota bomba terutamanya selepas berlaku insiden seperti gegaran.

"Mungkin kalau tak berlaku insiden kerja-kerja mereka tidak diberi perhatian tetapi sememangnya ini lazim dilakukan oleh mereka khusus selepas kejadian maka kerja-kerja pemeriksaan ini penting," katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di laman Facebook (FB) memaklumkan bahawa gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Myanmar tengah pada 2.21 petang.

MetMalaysia turut memaklumkan, gempa bumi berlaku pada jarak 55 kilometer (km) barat daya Mandalay, Myanmar, berkedalaman 57 km namun insiden itu tidak menyebabkan ancaman Tsunami kepada Malaysia.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1378435/gegaran-gempa-bumi-tak-jejas-struktur-bangunan-jambatan-di-pulau





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2025 03:18 PM | Show all posts

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang melakukan pemantauan di bangunan sekitar Georgetown susulan gegaran selepas Myanmar dilanda gema bumi. - Foto NSTP/ Foto Ihsan JBPM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.049521 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list