CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

[Pulau Pinang] Judi di bengkel kononnya nak cari duit beli baju raya, 14 lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 29-3-2025 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Judi di bengkel kononnya nak cari duit beli baju raya, 14 lelaki ditahan

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mac 29, 2025 @ 12:19pm





Foto hiasan.



Main judi dalam bengkel kereta mahu beli baju raya
GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di sini awal pagi semalam.

Difahamkan, bengkel membaiki dan mengecat kereta itu dijadikan sebagai 'port' bagi aktiviti judi, dengan mereka yang ditahan dikatakan aktif berjudi sejak lima hari lalu.

Malah, ada yang ditahan turut mendakwa kononnya berjudi bagi mengumpul wang untuk membeli baju sempena Aidilfitri, selain cari modal untuk pulang beraya di kampung.​

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, mengesahkan serbuan jam 2.30 pagi itu dengan semua yang ditahan berusia antara antara 27 hingga 57 tahun.

Turut dirampas meja, 52 keping daun terup, tiga alat 'walkie-talkie' dan wang tunai berjumlah RM4,288.

"Semua yang ditahan direman dua hari sehingga esok 30 Mac untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1378384/judi-di-bengkel-kononnya-nak-cari-duit-beli-baju-raya-14-lelaki-ditahan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.047257 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list