CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 142|Reply: 0

[Sabah] Pengurus kilang meninggal dunia berhampiran tandan sawit terbakar

[Copy link]
Post time 28-3-2025 09:20 AM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di kilang berkenaan.

KUNAK: Seorang pengurus kilang baja meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kejadian kebakaran tandan sawit di Kampung Tapang Air, di sini, semalam.

Mangsa, lelaki berusia 68 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dibawa ke Hospital Kunak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohamad OmarBatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.11 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 14 kilometer dari BBP Kunak.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati berlaku kebakaran yang melibatkan timbunan tanda sawit dan menemukan seorang mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kejadian itu.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran air dari sumber tangki jentera.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.55 malam,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.047542 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list