CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 69|Reply: 0

[Sarawak] BERSATU Sarawak gesa Voon tarik balik kenyataannya

[Copy link]
Post time 25-3-2025 01:02 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak menggesa presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) menarik balik kenyataannya melarang penyertaan parti politik berasaskan perjuangan nasional terlibat dalam pilihan raya di Sarawak.

Ketua Penerangan BERSATU Sarawak Alexander Frusis (gambar) berkata kenyataan dikeluarkan Presiden PBK Voon Lee Shan itu jelas mewujudkan ketidakharmonian di kalangan rakyat Sarawak.

Malah kata Alexander, kenyataan seperti itu sekali gus menafikan hak seorang warganegara Malaysia dalam sistem demokrasi berparlimen.

“Presiden PBK harus melihat kembali sejarah politik beliau sebelum ini di mana beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang dan menang atas tiket Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 2011 hingga 2016.

“Ini membuktikan beliau sebenarnya dikenali oleh rakyat Sarawak kerana beliau menang atas tiket DAP, sebuah parti berasaskan kaum Cina dan terkenal dengan perjuangan Malaysia Malaysian,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Alexander, walaupun Sarawak mempunyai hak dan keistimewaan yang unik, namun cadangan PBK agar Sarawak menguatkuasakan larangan atau pengecualian penyertaan parti politik peringkat nasional dalam pilihan raya adalah dilihat sebagai langkah ke arah pengasingan kuasa.

Jika ini dilaksanakan katanya, ia berpotensi mengehadkan pengaruh Sarawak dalam politik negara dan kepentingannya dalam membuat keputusan dalam menentukan hala tuju kerajaan persekutuan.

“Pluralisme Politik dan Prinsip Demokrasi adalah membenarkan pelbagai parti politik termasuk  parti Perikatan Nasional (PN) untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya di Sarawak.

“Ia memberi peluang kepada pengundi untuk spektrum pilihan yang lebih luas dan menyuburkan persaingan politik yang lebih sihat dan mendorong kepada tadbir urus yang lebih responsif,” ujarnya.

Alexander menambah, BERSATU Sarawak akan tetap utuh dengan mempromosikan perjuangan parti seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti dengan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak Sabah Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054602 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list