
Rondaan pasukan bomba di Jalan Sibu Jaya Bypass dan Jalan Salim-Stabau dan Jalan Durin (Jambatan Durin).
SIBU: Rondaan pasukan bomba di dua kawasan di Sibu mendapati trend air menunjukkan penurunan dan keadaan masih terkawal.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitahu, rondaan dijalankan oleh sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dari jam 10.40 hingga 11.45 pagi.
“Jalan Salim Stabau masih dinaiki air setinggi dua kaki dan belum sesuai dilalui kenderaan kecil. Namun menunjukkan trend air menurun.
“Laluan di Jambatan Durin, air telah surut sepenuhnya dan dapat dilalui semua kenderaan.
“Kebanyakan jalan yang dilalui, air menunjukkan trend menurun,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
|