CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

[Kedah] Operasi tren KTMB terjejas 162 jam akibat curi kabel

[Copy link]
Post time 25-3-2025 01:36 AM | Show all posts |Read mode
Operasi tren KTMB terjejas 162 jam akibat curi kabel

Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Mac 24, 2025 @ 6:52pm hifzuddin@bh.com.my





Loke menunjukkan kabel milik KTMB di Stesen KTM Alor Setar. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir




ALOR SETAR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menanggung kerugian membabitkan gangguan operasi selama 162 jam akibat sabotaj curi ke atas kabel sistem semboyan dan komunikasinya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata sabotaj curi yang menjadi punca berlakunya gangguan perjalanan komuter dan kereta api bagi sektor utara sejak beberapa tahun lalu.

Jelasnya, KTMB juga terpaksa membelanjakan sehingga RM1.35 juta bagi melaksanakan kerja pembaikan ke atas kabel sistem semboyan dan komunikasi yang mengalami kerosakan akibat dipotong individu tidak bertanggungjawab.

"Isu kecurian kabel sistem semboyan dan komunikasi yang berterusan memberikan kesan ketara ke atas perkhidmatan KTMB di sektor utara dengan jumlah kes kecurian kabel melonjak dari tujuh kes pada suku ketiga 2024 kepada 36 kes pada suku keempat 2024.

"Sebanyak 20 lokasi hotspot dikenal pasti di mana sektor Sungai Petani-Tasek Gelugor mencatatkan kes paling tinggi iaitu 35 dan sektor Gurun-Sungai Petani sebanyak 21 kes pada 2024.

"Akibatnya, jumlah gangguan perkhidmatan KTM Komuter Utara yang berpunca daripada kes kecurian kabel meningkat dari 85 insiden pada Julai 2024 kepada 804 pada Disember 2024," katanya pada sidang media di Stesen KTM Alor Setar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata, pihaknya akan bekerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain bagi mengesan anasir yang melakukan sabotaj curi ke atas harta milik KTMB berkenaan.

Katanya, perbuatan mencuri kabel sistem semboyan dan komunikasi boleh membahayakan nyawa penumpang dan pesalah akan dibawa ke muka pengadilan.

"Kes kecurian kabel sistem semboyan dan komunikasi yang meningkat secara mendadak ini tidak boleh lagi dipandang mudah sebagai isu jenayah kecurian semata-mata.

"Sistem ini berperanan mengawal pergerakan tren yang membawa ratusan penumpang dan kargo yang nilainya jutaan ringgit secara selamat.

"Kecurian kabel sistem semboyan bukan sekadar mengganggu perkhidmatan KTMB tetapi berpotensi untuk menggugat keselamatan penumpang dan kargo," katanya.

Berikutan itu, beliau meminta tindakan penguatkuasaan dipertingkatkan di kawasan landasan KTMB dan fokus diberi kepada peruntukan undang-undang yang boleh diambil pihak berkuasa.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1376424/operasi-tren-ktmb-terjejas-162-jam-akibat-curi-kabel





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.043819 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list