CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

[Sarawak] Lidam nasihatkan penduduk terjejas banjir di Song sentiasa berwaspada

[Copy link]
Post time 22-3-2025 01:49 PM | Show all posts |Read mode


Penduduk yang terjejas akibat banjir ditempatkan di PPS Balai Raya Song. - Gambar Lidam Assan

SONG: Penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah ini diingatkan agar sentiasa berwaspada terhadap risiko keselamatan, termasuk ancaman buaya, kabel elektrik yang masih beraliran, serta bahaya lain yang boleh mengancam nyawa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan menasihati penduduk agar mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Selain air banjir, penduduk juga perlu berwaspada terhadap ancaman lain seperti buaya di tebing sungai, kabel elektrik yang masih beraliran, serta bahaya lain yang boleh menjejaskan keselamatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehingga jam 4 petang, seramai 327 mangsa daripada 87 ketua isi rumah (KIR) telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Song susulan banjir yang melanda beberapa kawasan sejak Khamis (20 Mac).


Lidam (kiri) dalam perjalanan meninjau keadaan mangsa banjir dan operasi pemindahan di sekitar Song. - Gambar Lidam Assan

PPS berkenaan dibuka pada jam 12.30 tengah hari bagi menempatkan penduduk dari 10 kawasan terjejas, iaitu Lot Kebiau, Rumah John di Nanga Embuau, Kampung Sejiran di Jalan Takan, Kampung Gelam, Rumah Jarop di Nanga Sepadi, Emperan Mulung, Kampung Sungai Chapi, Kampung Mission, Rumah Kebun di Sungai Selirik, dan Rumah Kelau di Nanga Lijau.

Daripada jumlah keseluruhan mangsa yang direkodkan, seramai 126 lelaki dan 196 perempuan, termasuk 17 warga emas lelaki, 32 warga emas perempuan, 60 lelaki dewasa, 94 perempuan dewasa, 38 kanak-kanak lelaki, 63 kanak-kanak perempuan, serta 11 bayi lelaki dan tujuh bayi perempuan.

Mangsa banjir telah menerima bantuan seperti makanan tengah hari dan malam, kit keperluan asas, susu formula, lampin pakai buang, serta kelengkapan tidur.

Pengurusan PPS dikendalikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Song dengan kerjasama pelbagai agensi, melibatkan seramai 7 anggota APM, 11 anggota PDRM, 10 anggota JBPM, 6 anggota RELA, 4 petugas KKM, 10 pegawai Pejabat Daerah Song, 7 pegawai JKM, dan 14 anggota ATM.

Menurut Lidam, keadaan di PPS adalah terkawal dan selamat, manakala pihak berkuasa akan terus memantau situasi banjir serta memastikan kebajikan mangsa terpelihara.

“Kami akan terus menyalurkan bantuan dan memantau perkembangan semasa bagi memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa terjamin,” ujarnya.

Sebarang perkembangan lanjut mengenai situasi banjir di Song akan dikemas kini dari semasa ke semasa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045314 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list