CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5607|Reply: 0

[Johor] Johor Peruntuk RM18 Juata Bantuan Hari Raya Aidilfitri

[Copy link]
Post time 20-3-2025 08:26 AM | Show all posts |Read mode

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyantuni keluarga asnaf sempena Program Belanja Dapur Asnaf di Simpang Renggam. | Foto Onn Hafiz Ghazi

IskandarPuteri – Kerajaan Johor melalui Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan sebanyak RM18 juta bagi Bantuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dilihat bakal memberi manfaat dan meringankan beban kira-kira 88,000 penerima di seluruh negeri ini.

Bantuan tersebut dijangka memberi kelegaan kepada 6,911 ketua keluarga fakir yang masing-masing akan menerima RM500 dan 30,987 ketua keluarga miskin (RM400), selain setiap tanggungan turut menerima bantuan RM50.

Selain itu, bantuan sebanyak RM3.6 juta akan disalurkan bagi membantu kira-kira 12,000 penerima yang layak dengan nilai sebanyak RM300 kepada setiap keluarga untuk tujuan membeli barangan keperluan harian, sekali gus mencerminkan iltizam Kerajaan Negeri dalam berusaha menjamin kesejahteraan rakyat.

Kerajaan Johor juga komited untuk terus memperkasakan agenda kebajikan rakyat agar tiada golongan terpinggir dalam arus pembangunan negeri dengan memastikan setiap ringgit yang dikeluarkan oleh pembayar zakat kepada MAINJ akan digunakan sepenuhnya bagi membantu mereka yang memerlukan.

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menyantuni keluarga asnaf sempena Program Belanja Dapur Asnaf di Simpang Renggam bagi membantu golongan memerlukan mendapat keperluan asas sempena Ramadan dan kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.043975 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list