CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9488|Reply: 0

[Johor] Kapasiti simpanan air di Batu Pahat ditambah sempena Aidilfitri

[Copy link]
Post time 19-3-2025 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 19-3-2025 03:30 PM



Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon / Foto RTM

BATU PAHAT, 19 Mac – Syarikat pengendali bekalan air di Johor meningkatkan kapasiti simpanan air di semua 58 tangki air di Batu Pahat secara berperingkat bagi menghadapi peningkatan penggunaan air semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata penggunaan air di daerah itu dijangka meningkat kepada 212 juta liter sehari berbanding purata kebiasaan 195 juta liter sehari.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng memaklumkan syarikat terlibat telah mengarahkan kontraktor bersiap siaga 24 jam sepanjang tempoh perayaan bagi memastikan kelancaran bekalan air.

Tangki simpanan air tambahan akan dibina di beberapa lokasi strategik seperti Ayer Hitam, Yong Peng dan Senggarang untuk menampung keperluan pengguna.

Selain itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) bercadang menempatkan penjana kuasa di beberapa lokasi sebagai langkah persediaan menghadapi kemungkinan gangguan bekalan elektrik.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.042882 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list