View: 6385|Reply: 10
|
Tiket konsert terlalu mahal, peminat anggap Beyonce tamak dan tak berhati perut
[Copy link]
|
|
PENYANYI Beyonce dituduh bersikap tamak dan tidak berhati perut apabila mengenakan harga tiket tidak masuk akal untuk konsert jelajahnya iaitu ‘Cowboy Carter Tour’ di London.
Bakal mengadakan enam konsert di Stadium Tottenham Hotspur, London bermula 5 hingga 16 Jun depan, harga tiket bermula £71.60 (RM400) hingga £950 (RM5,400) termasuk caj setiap pembelian sebanyak £2.75 (RM15).
Difahamkan, selepas seminggu penjualan tiket, pihak penganjur menghadapi kesukaran menjual dan dipercayai hanya tiga daripada enam persembahan berjaya dihabiskan.
"Turunkan harga, kami akan datang (konsert). Kami miskin tiket terlalu mahal.
"Saya rasa masa kurang sesuai kerana dia (Beyonce) tamak. Peminat kehabisan wang kerana tiket konsert yang mahal," tulis netizen.
Bagaimanapun, masih ada peminat Beyonce mempertahankannya dan menjelaskan harga tiket konsert tersebut bukan ditentukan oleh penyanyi lagu Listen ini.
"Bukan Beyonce yang menetapkan harga tiket. Dia tidak tamak, pihak penganjur yang tamak.
"Harga tiket melambung tinggi, terima kasih kepada Ticketmaster (penganjur) kerana ramai orang yang tidak mampu," luah peminat.
Selain London, Beyonce akan mengadakan konsert jelajah di beberapa negara di Eropah dan Amerika Syarikat.
SUMBER: mSTar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dollar for dollar, 71 pound tu ibarat macam berapa kita? |
|
|
|
|
|
|
|
wikedsaikel: Dollar for dollar, 71 pound tu ...
Kan ada tulis dlm kurungan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Eleh ye ye
"Bukan Beyonce yang menetapkan harga tiket. Dia tidak tamak, pihak penganjur yang tamak."
Dia Beyonce kut? Kan orang kata queen B la apa la. Kalau dia nak bagi free pun dia mampu. Tapi takkkkk. Mmg dia tamak la tu. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
konsert bukan untuk orang miskin |
|
|
|
|
|
|
|
Utk yg paling murah harga kita RM400 tu mmg mahal la. Standard tiket konsert artis international paling murah dalam Rm200-300. Masuk Rm400-500 tu next tier plak. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal ke atau mmg tak laku?american sweetheart mcm taylor swift pun x memasal bole kena boo kat super bowl.tak mustahil ini tanda2 kejatuhan.tiket rm400 paling murah utk level beyonce rasanya masuk akal gak |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa2 dah ngam kot harga tiket tu… |
|
|
|
|
|
|
|
kalau buat kat middle east laku habis... aritu tiket JLO ntah berapa seorang |
|
|
|
|
|
|
|
dah miskin usah le pi konsert....konsert2 ni tuk org yang berlebih duit je aku rasa...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
dah miskin usah le pi konsert....konsert2 ni tuk org yang berlebih duit je aku rasa...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|