CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29930|Reply: 1

5 Lokasi Berpuasa Paling Panjang

[Copy link]
Post time 2-3-2025 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Nuuk, Greenland

SECARA umumnya, waktu berpuasa pada bulan Ramadan di Malaysia adalah sekitar 13 jam sehari. Maka, ia menuntut kesabaran dan kekuatan fizikal serta mental dalam menyempurnakan ibadah wajib umat Islam itu.

Jika 13 jam berpuasa itu dirasakan sudah cukup lama dan mencabar, ketahuilah bahawa ada umat Islam di beberapa negara lain perlu berpuasa 18 jam sehari.  Bayangkan cuma enam jam sahaja boleh makan atau tidak berpuasa! Sehubungan itu, minggu ini CitaRasa kongsikan lima lokasi dengan waktu berpuasa paling lama di dunia pada bulan Ramadan mengikut kelaziman.

1- Nuuk, Greenland – 18 jam 12 minit

NUUK merupakan ibu negara dan bandar terbesar di Greenland yang mempunyai jumlah paling ramai penduduk di negara tersebut iaitu sekitar 20,113 orang.
Selain itu, Nuuk menjadi sebuah wilayah autonomi di bawah pemerintahan kerajaan Denmark.
Fakta menarik tentang Nuuk adalah waktu berpuasanya yang paling panjang di dunia iaitu sekitar 18 jam 12 minit pada bulan Ramadan.
Walaupun majoriti penduduknya beragama Kristian, namun terdapat juga sebilangan kecil individu beragama Islam yang merupakan perantau di situ.


2- Reykjavik, Iceland – 18 jam

IBU negara Iceland ini mempunyai jumlah penduduk sekitar 140,000 orang dan memiliki waktu berpuasa sangat lama iaitu 18 jam setiap hari.

Reykjavik merupakan pusat kebudayaan, pentadbiran dan ekonomi bagi kerajaan Iceland. Ia juga menjadi destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan pelancong asing.
Ini kerana, ibu kota itu terkenal sebagai bandar paling bersih, hijau dan selamat di dunia.


3- Helsinki, Finland – 17 jam 30 minit

HELSINKI yang terletak di Teluk Finland adalah ibu kota negara tersebut.

Bandar terbesar di Finland itu mempunyai jumlah penduduk yang ramai iaitu 1.3 juta orang. Ia juga menjadi pusat wilayah Uusimaa di selatan negara itu.
Setiap kali datangnya bulan Ramadan, umat Islam di sini perlu melaksanakan ibadah puasa yang panjang iaitu sekitar 17 jam 30 minit setiap hari.


4- Glasgow, Scotland – 17 jam

GLASGOW merupakan bandar terkemuka Scotland untuk industri kewangan, membeli-belah, budaya dan fesyen.
Ia turut dikenali sebagai bandar kedua empayar untuk kebanyakan era Victoria dan Edwardian.

Selain itu, Glasgow popular sebagai bandar paling ramai penduduk di Scotland dengan kedudukannya terletak di tebing Sungai Clyde di barat tengah negara itu.
Pada bulan Ramadan, umat Islam di sini perlu menempuh waktu berpuasa yang lama iaitu 17 jam setiap hari.


5- London, United Kingdom – 16 jam

LONDON yang menjadi ibu negara dan bandar terbesar di United Kingdom turut mencatatkan tempoh waktu puasa yang panjang iaitu sehingga 16 jam setiap hari.

Oleh itu, sesiapa di negara itu yang berjaya menempuh waktu berpuasa selama 16 jam, ia merupakan kejayaan terbesar dalam menyempurnakan ibadah rukun Islam ketiga tersebut.


Sumber: Kosmo Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2025 05:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Puasa masa summer lagi mencabar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.050515 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list