CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14578|Reply: 0

Telefon pintar tersedia TikTok harga RM223,000

[Copy link]
Post time 2-2-2025 09:59 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR fail dua telefon bimbit Samsung Galaxy Note 9. - Foto AFP


WASHINGTON –  Sejumlah telefon pintar dan iPad yang memiliki aplikasi TikTok ditawarkan untuk jualan pada harga melambung tinggi susulan larangan platform popular tersebut di Amerika Syarikat (AS), lapor Perbadanan Penyiaran British(BBC) semalam.

Seorang penjual di laman lelongan eBay memberitahu BBC bahawa dia mempunyai sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy Note 9 untuk dijual.

Ia adalah model lama yang biasanya dijual pada harga sekitar AS$250 (RM1,114).

Namun, oleh kerana telefon tersebut tersedia aplikasi TikTok, penjual menawarkan harga jualan setinggi AS$50,000 (RM223,000).

“Paling rendah yang saya boleh tawarkan ialah AS$15,000 (RM67,000),” kata penjual itu.

AS menyekat muat turun TikTok bermula 19 Januari lalu, namun mereka yang memiliki aplikasi tersebut masih boleh menggunakannya ekoran penangguhan diberikan oleh Presiden Donald Trump. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.046058 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list