CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13016|Reply: 0

'Mona Lisa' akan dapat bilik khas

[Copy link]
Post time 2-2-2025 09:44 AM | Show all posts |Read mode


Paris: Lukisan "Mona Lisa" akan ditempatkan di bilik khas baharu di muzium seni Louvre di Paris, bagi membolehkan ia dipamerkan dengan lebih baik kepada pengunjung, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lukisan legenda karya Leonardo da Vinci itu akan ditempatkan di bilik yang lebih mencerminkan kepentingannya sebagai sebahagian daripada kerja pengubahsuaian besar-besaran di muzium berkenaan, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Selasa.

Louvre, yang menjadi muzium paling kerap dilawati di dunia, juga akan mempunyai pintu masuk baharu bagi menguruskan aliran pengunjung dengan lebih baik.

Pintu masuk sedia ada di bawah piramid kaca utama akan direka bentuk semula dan ditukar menjadi dewan pameran baharu.

Projek itu dijangka siap pada 2031 dengan kos pelaburan dianggarkan mencecah jutaan euro.

Jumlah pengunjung dijangka meningkat daripada sembilan juta setahun pada masa ini kepada sehingga 12 juta.

Kos itu akan dibiayai melalui pendapatan muzium, sumbangan derma dan kenaikan harga tiket.

Mulai Januari 2026, pelawat bukan dari Eropah perlu membayar lebih untuk memasuki muzium itu, namun jumlahnya tidak dinyatakan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.075304 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list