CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12432|Reply: 0

Pempengaruh didakwa menipu berhubung sumbangan amal

[Copy link]
Post time 2-2-2025 09:32 AM | Show all posts |Read mode


Rom: Pempengaruh Itali, Chiara Ferragni dibicarakan di mahkamah Milan atas dakwaan mengelirukan pengikut media sosialnya untuk jualan kek amal, namun tidak menyumbangkan hasil jualan itu.

Perbicaraan itu dijadualkan bermula pada 23 September depan di sebuah mahkamah di Milan.

Pendakwa raya boleh di bawah undang-undang Itali secara langsung memerintahkan perbicaraan tanpa meminta hakim untuk pendengaran awal bagi pendakwaan jenayah penipuan.

Sabitan kesalahan boleh mengakibatkan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun.

Pada 2023, Ferragni yang mempunyai hampir 29 juta pengikut di Instagram, didenda hampir 1.1 juta euro (kira-kira RM5.04 juta) oleh pihak berkuasa persaingan Itali (AGCM).

Ia susulan penjualan kek Krismas Pandoro berjenama Ferragni dengan pembungkusan yang menyebut tentang hospital kanak-kanak.

Dia juga bersetuju tahun lalu untuk membayar sekurang-kurangnya 1.2 juta euro kepada badan amal kanak-kanak untuk menyelesaikan kes penjualan telur Easter berjenama Ferragni.

"Kami tetap yakin, perkara ini tidak mempunyai kaitan jenayah dan setiap elemen kontroversi ditangani dan diselesaikan di hadapan AGCM," kata peguamnya Giuseppe Iannaccone dan Marcello Bana dalam satu kenyataan.

Dalam kes kes Krismas Pandoro berjenama Ferragni, pengguna didakwa ditipu kerana menyangka dengan membeli kek itu mereka menyumbang kepada tujuan amal untuk hospital kanak-kanak Regina Margherita di Turin.

Dalam kes telur Easter, pempengaruh itu didakwa mengelirukan pembeli untuk menganggap mereka menyokong badan amal kanak-kanak "I Bambini delle Fate".

Ferragni, yang menghadapi banyak publisiti negatif dan membatalkan kerjasama dengan firma lain, mengakui pada Disember 2023 bahawa isu itu kesilapan komunikasi.

Dalam satu kenyataan, Ferragni, 37, menyifatkan tuduhan itu sebagai sangat tidak adil.

"Sejujurnya tidak perlu mengadakan perbicaraan untuk membuktikan saya tidak pernah menipu sesiapapun," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.041161 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list