CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12287|Reply: 0

Nahas pesawat kedua di AS

[Copy link]
Post time 2-2-2025 09:30 AM | Show all posts |Read mode


Philadelphia: Sebuah pesawat perubatan dengan enam warga Mexico terhempas ke kawasan kejiranan Philadelphia yang sibuk pada Jumaat, kata pihak berkuasa, menandakan satu lagi bencana penerbangan di Amerika Syarikat (AS) selepas pesawat penumpang dan helikopter tentera bertembung di udara di Washington, awal minggu ini.

Rakaman video kelihatan menunjukkan pesawat enjin berkembar itu turun pada sudut tajam ke arah kawasan perumahan, mencetuskan bebola api yang besar dan serpihan jatuh ke atas rumah dan kenderaan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, pesawat itu adalah Learjet 55 - jet perniagaan Amerika-Perancis - yang berlepas tidak lama sebelum itu dari Lapangan Terbang Timur Laut Philadelphia menuju ke Branson, Missouri.

Nahas berlaku sejurus selepas 6 petang.

Seorang gadis muda yang berada di AS untuk rawatan perubatan, ibunya, dan anggota penerbangan serta kru perubatan yang menemaninya di dalam pesawat itu, terbunuh dalam nahas berkenaan, kata hospital kanak-kanak kepada AFP.

"Pesakit menerima rawatan daripada Shriners Children's Philadelphia dan sedang diangkut pulang ke negara asalnya di Mexico dengan ambulans udara apabila nahas itu berlaku," kata Mel Bower, jurucakap Shriners Children's.



Keenam-enam penumpang itu adalah warganegara Mexico, kata kementerian luar negara itu dalam satu kenyataan.

"Syarikat penerbangan... mengesahkan kepada konsulat bahawa enam orang warganegara Mexico menaiki pesawat itu," tulis kementerian itu di X.

Pengendali penerbangan, Jet Rescue Air Ambulance, mengesahkan dalam satu kenyataan kepada media AS bahawa terdapat dua penumpang dan empat anak kapal, sambil menambah, "Pada masa ini, kami tidak dapat mengesahkan mana-mana (mangsa) yang terselamat."

Berpuluh-puluh pekerja kecemasan berada di tempat kejadian di luar Roosevelt Mall, sebuah pusat beli-belah di Philadelphia.

Presiden AS Donald Trump menyiarkan pada Jumaat di platform Truth Social bahawa dia "sedih" melihat "lebih banyak jiwa hilang" dalam tragedi Philadelphia.

FAA berkata, ia sedang melancarkan siasatan dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan.

Kedua-dua agensi itu sedang menyiasat bencana udara AS paling maut dalam hampir suku abad, selepas jet penumpang yang dikendalikan oleh anak syarikat American Airlines bertembung dengan helikopter Black Hawk di Washington, pada Rabu lalu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.051653 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list