CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8502|Reply: 0

3 jam lalu kawasan sama, duit tambang bertukar jadi daun

[Copy link]
Post time 27-1-2025 07:31 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan pemandu kereta e-hailing menurunkan wanita misteri di Krapyak. - Foto Kumparan


JAKARTA – Seorang pemandu e-hailing di Sleman, Jogjakarta terkejut apabila mendapati bahawa duit tambang yang diberikan oleh penumpang misteri bertukar menjadi daun, lapor laman berita Kumparan semalam.

Seorang penduduk tempatan, Rinto Budiantoro berkata, kejadian itu diketahuinya setelah dia mendekati sebuah kereta e-hailing yang berhenti di tepi jalan selepas waktu solat subuh.

Pemandu e-hailing itu kemudian memberitahu Rinto bahawa dia menerima tempahan daripada seorang wanita yang dikenali dengan nama Puteri.

Penumpang berkenaan meminta untuk dihantar ke kawasan perumahan untuk golongan bawahan di Krapyak, Sleman.

Kata pemandu itu, ketika tiba di destinasi, wanita tersebut membayar tambang menggunakan wang tunai sebelum ia bertukar menjadi daun.

Malah ketika pemandu berkenaan menunjukkan telefon bimbit kepada Rinto, pesanan yang dibuat oleh penumpang tersebut telah hilang.

Rinto kemudian memberitahu pemandu itu bahawa tidak ada kawasan perumahan seperti yang didakwa oleh wanita tersebut.

Apa yang lebih menghairankan adalah apabila pemandu itu berkata, dia melalui lokasi yang sama selama tiga jam.

Keretanya juga mengalami kerosakan kerana melanggar jambatan kecil, manakala Rinto mendapati pemandu tersebut tidak berada dalam keadaan mabuk. – AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.094467 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list