CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23583|Reply: 0

Ibrahim Traore mula bawa perubahan terhadap Burkina Faso

[Copy link]
Post time 20-1-2025 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Ibrahim Traore

OUAGADOUGOU - Pada pagi 3 Oktober 2022 sebuah kenderaan perisai membawa Kapten Ibrahim Traore melalui kerumunan penduduk yang berhimpun di ibu kota, Ouagadougou, Burkina Faso.

Konvoi kenderaan perisai itu kemudiannya berhenti, maka muncullah wajah Traore yang ketika itu berusia 34 tahun, tersenyum lantas mengangkat tangan sebagai simbolik kejayaannya mengulingkan Presiden Paul-Henri Damiba menerusi rampasan kuasa.

Susulan insiden itu, pengumuman dibuat menerusi satu kenyataan yang dibacakan di stesen televisyen negara.

Traore (tengah) menghadiri majlis penutupan Festival Filem dan televisyen Pan-Afrika (FESPACO) ke-28 di Ouagadougou pada 2023. Foto Agensi
Tentera yang memberontak turut mengumumkan penutupan sempadan bermula tengah malam dan penggantungan sementara Perlembagaan dan pembubaran kerajaan.

Mereka mengisytiharkan Kapten Traore sebagai pemimpin baharu negara itu.

Kira-kira 15 pegawai tentera tampil di siaran televisyen kira-kira 8 malam (waktu tempatan).

“Kami memutuskan untuk melaksanakan tanggungjawab, dengan satu tujuan iaitu mengembalikan keselamatan dan integriti negara ini,” kata mereka lapor Reuters.

Bermula daripada pengumuman itu, Traore mula mentadbir Burkina Faso yang mana beliau dilantik sebagai Presiden bermula Oktober 2022.

Ia menyaksikan perubahan Burkina Faso di bawah pemimpin muda.

Dikenali sebagai seorang yang anti terhadap pengaruh barat, Traore membawa banyak kemajuan dalam pentadbirannya.

Bagi mengikis imej kolonial, beliau telah mengharamkan penggunaan rambut palsu kehakiman era British dan Perancis, serta menekankan keperluan untuk meninggalkan adat era kolonial dan mengamalkan amalan yang menghormati identiti budaya Burkina Faso.

Langkah itu sejajar dengan inisiatifnya yang lebih luas untuk mengukuhkan identiti nasional dan mengesahkan kemerdekaan negara daripada pengaruh asing.

Rambut palsu kolonial yang didakwa mewakili kawalan luar dalam sistem kehakiman Afrika kini diketepikan.

Di bawah kepimpinannya, negara itu telah membuat kemajuan signifikan dalam sektor pertanian, industri dan pembangunan infrastruktur.

Traore telah memulakan beberapa projek penting seperti pembinaan kilang pemprosesan emas dan kapas serta meningkatkan kapasiti pemprosesan tomato.

Beliau juga terkenal kerana menentang kehadiran tentera asing di Burkina Faso, dengan mengusir tentera Perancis dan menghentikan eksport emas mentah ke Eropah sebagai usaha untuk mengawal lebih banyak sumber alam negara.

Kepimpinannya juga ditandai dengan pendekatan yang lebih langsung dalam reformasi pertanian di mana beliau terlibat secara langsung dengan petani untuk meningkatkan pengeluaran.

Visi beliau adalah untuk menjadikan Burkina Faso lebih berdikari dengan menumpukan perhatian kepada pembangunan tempatan termasuk menyokong perniagaan kecil dan industri tempatan.

Selain itu, beliau mengarahkan pembinaan jalan raya, pemasangan tenaga suria dan memperluaskan akses kepada kemudahan air minuman bersih dan sanitasi. Strategi beliau juga melibatkan langkah-langkah untuk meningkatkan pendidikan dan peluang ekonomi bagi golongan wanita dan belia.

Pelajar contoh
Beliau dilahirkan pada 1988 di Bondokuy, Burkina Faso, mendapat pendidikan awal di Sekolah Tentera George Namanao dan lulus cemerlang sebagai seorang tentera.

AFP melaporkan, Traore seorang pelajar yang cukup berprestasi malah beliau merupakan seorang pelajar contoh yang mempunyai keberanian dan disiplin yang tinggi.

Setelah tamat pengajian, beliau berkhidmat sebagai tentera di bahagian tengah dan utara Burkina Faso.

Pada 2018 beliau dihantar oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Mali di bawah misi pendamaian PBB.

Bermula pada 2020, beliau dilantik sebagai kapten tentera dwi Bamako sehingga berjaya melakar sejarah untuk mentadbir Burkina Faso. - Agensi

INFO BURKINA FASO
>Negara ini terletak di Afrika Barat, merupakan bekas negara jajahan Perancis yang memperoleh kemerdekaan pada tahun 1960.
>Negara ini bersempadan dengan Mali, Benin, Ghana dan Togo.
>Merupakan sebuah negara yang kaya dengan emas, rakyatnya majoriti beragama Islam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.045433 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list