CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11154|Reply: 0

Trump janji nyahklasifikasi dokumen pembunuhan JFK, Martin Luther King Jr

[Copy link]
Post time 20-1-2025 04:22 PM | Show all posts |Read mode

Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dipilih, Donald Trump, tiba ke Perhimpunan Kemenangan MAGA (Make America Great Again) di Capital One Arena, Washington, DC, AS. - Foto AFP

ISTANBUL: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berjanji pada Ahad bahawa beliau akan menyahklasifikasikan dokumen berkaitan pembunuhan bekas Presiden John F Kennedy (JFK) dan aktivis hak sivil Dr Martin Luther King Jr, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Sebagai langkah pertama ke arah memulihkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan, kami juga akan membalikkan proses klasifikasi dokumen kerajaan yang berlebihan," kata Trump kepada penyokongnya di Capital One Arena di Washington, DC.

"Dalam beberapa hari akan datang, kami akan mendedahkan baki rekod yang berkaitan dengan pembunuhan Presiden John F Kennedy, abangnya Robert Kennedy serta Dr Martin Luther King Jr," tambahnya.

Trump sebelum ini turut menyeru supaya maklumat berkaitan pembunuhan JFK pada 1963 didedahkan sepenuhnya.



Dalam ucapan pada Ahad, beliau mengulangi komitmen itu dengan menyatakan bahawa beliau akan menunaikan janji tersebut sebaik sahaja memegang jawatan.

Robert Kennedy dan Martin Luther King Jr pula masing-masing dibunuh pada 1968.

Trump akan secara rasmi mengangkat sumpah jawatan pada Isnin sebelum tengah hari (waktu AS) dan dijangka menandatangani beberapa perintah eksekutif yang telah disiapkan tidak lama selepas itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2025 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.137077 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list