CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13007|Reply: 0

Biden sampai ucapan perpisahan dari Pejabat Oval, Rabu depan

[Copy link]
Post time 12-1-2025 09:09 AM | Show all posts |Read mode

Presiden Joe Biden akan membuat ucapan perpisahan Rabu depan di Pejabat Oval. - Foto AFP

MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan tamat tempoh perkhidmatannya, Joe Biden, dijadual menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Pejabat Oval pada Rabu ini, menurut kenyataan Rumah Putih.

Sputnik/RIA Novosti memetik kenyataan itu melaporkan pada Rabu, 15 Januari jam 8 malam, presiden akan menyampaikan ucapan perpisahan kepada rakyat dari Pejabat Oval.

Pilihan Raya Presiden AS berlangsung pada 5 November lalu, menyaksikan calon Republikan, Donald Trump, yang pernah memegang jawatan presiden dari 2017 hingga 2021, diisytiharkan sebagai pemenang.

Calon Demokrat, Kamala Harris, mengakui kekalahan selepas tewas.


Badan Perwakilan Pemilih mengundi mengikut kehendak pengundi pada 17 Disember 2024, manakala Kongres baharu meluluskan keputusan undian pada 6 Januari laly.




Majlis angkat sumpah presiden akan berlangsung pada 20 Januari dan selepas itu Trump akan menjadi Presiden ke-47 Amerika Syarikat.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.128592 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list