ANGGOTA Tentera Udara Colombia di lokasi pesawat terhempas di Urrao, Antioquia. FOTO AFP/Colombian Air Force press office
Bogota: Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
Pesawat yang dikendalikan oleh Pacifica Travel itu dilaporkan hilang pada Rabu ketika dalam penerbangan dari Jurado ke Medellin dan terhempas di kawasan luar bandar Urrao, sebuah kawasan perbandaran di Antioquia, barat laut Colombia.
Dua kru dan lapan penumpang berada di dalam pesawat semasa kejadian.
"Malangnya, tiada mangsa terselamat. Kami mempunyai 37 anggota yang bertugas di lokasi dan sedang mempercepat fasa kedua, termasuk usaha membawa keluar mayat," kata Pengarah Jabatan Pengurusan Risiko Antioquia, Carlos Rios Puerta.
Beliau berkata keadaan cuaca buruk menyukarkan proses pemulihan.
|