CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 24955|Reply: 0

Polis Filipina tahan suspek culik rakyat AS

[Copy link]
Post time 11-1-2025 09:34 AM | Show all posts |Read mode


MANILA: Suspek kedua di Filipina menculik seorang rakyat Amerika Syarikat (AS), yang menurut polis kemungkinan dibunuh oleh penculiknya, telah ditangkap, kata polis kelmarin.

Elliot Eastman diculik dari rumahnya di pulau selatan Mindanao pada 17 Oktober tahun lepas.

Polis berkata penculik menembaknya ketika dia cuba melarikan diri.

Jakaria Jamani, seorang penduduk perbandaran Sibuco di Mindanao, telah ditangkap di laut pada Selasa dan ditahan tanpa jaminan sementara menunggu perbicaraan untuk penculikan, kata satu kenyataan polis.

Kenyataan itu menyifatkannya sebagai “dalang” penculikan tersebut.

Seorang lagi suspek, ditahan pada November, memberitahu polis bahawa Eastman telah meninggal dunia.

Pada bulan lepas polis memberitahu AFP bahawa saudara kepada salah seorang suspek melaporkan penculik telah mencampakkan mayat rakyat AS itu ke dalam laut. Mayatnya tidak pernah ditemui.

Kedutaan AS di Manila enggan mengulas mengenai perkembangan kes itu, merujuk pertanyaan kepada pihak berkuasa Filipina.

Januari 11, 2025  sumber






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.043631 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list