CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4295|Reply: 0

‘Influencer’ tawar orang ramai naik Ferrari percuma 11 Januari ini

[Copy link]
Post time 8-1-2025 06:24 PM | Show all posts |Read mode

SNG menawarkan kepada orang ramai untuk menaiki Ferrari secara percuma. - Foto Tangkap Layar/TikTok/Justin Sng




SINGAPURA – Seorang pesohor TikTok menawarkan kepada orang ramai untuk menaiki ‘supercar’ Ferrari di Singapura pada 11 Januari ini, lapor portal berita AsiaOne hari ini.

Dalam rakaman video di platform TikTok, pencipta kandungan tempatan, Justin Sng mengumumkan tawaran istimewa tersebut.

Orang awam dijemput menaiki  Ferrari 458 dari pukul 2 petang hingga 6 petang  di Millenia Walk.

Setiap perjalanan di sekitar kawasan itu akan berlangsung dari lima hingga 10 minit, katanya.

Hantaran itu mendapat 49,000 tontonan dan menerima sambutan hangat netizen.

Menurut Justin, dia menerima hampir 400 maklum balas selepas  memuat naik video tersebut dan seramai 30 individu telah dipilih secara rawak.


Beberapa netizen mengulas siaran itu dengan menulis bahawa merea akan datang ke lokasi walaupun tidak terpilih. – AGENSI





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.054423 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list