CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4055|Reply: 0

Rompakan gagal kerana nota tak difahami jurubank

[Copy link]
Post time 8-1-2025 06:06 PM | Show all posts |Read mode

POLIS giat memburu lelaki cuba merompak bank. FOTO Jabatan Polis Loveland

Denver: Cubaan seorang pencuri untuk merompak sebuah bank di Loveland, Colorado, Amerika Syarikat, gagal selepas dia menyerahkan nota yang tidak boleh dibaca kepada jurubank.

Insiden itu berlaku petang 17 Disember 2024, apabila seorang lelaki masuk ke sebuah bank tempatan kira-kira 5 petang dan mendekati jurubank itu dengan nota di tangan.

Jurubank itu melihat dan mendapati nota itu sukar dibaca kerana tulisan tangan itu sangat lemah sehingga arahan asas pun tidak dapat dihuraikan, lapor CBS News.

Jurubank terpaksa mengambil masa lama untuk memproses permintaan lelaki itu sehingga perompak itu semakin gelisah.

Menyedari jurubank itu tidak bertindak seperti dijangkakan, pencuri itu membatalkan hasratya dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Jabatan Polis Loveland, mengesahkan pihaknya giat memburu lelaki itu.

Katanya, suspek memakai 'hoodie' coklat, topi besbol hijau dan cermin mata hitam serta tidak menyembunyikan wajahnya semasa percubaan itu.

Itu bukan kali pertama kes seumpama itu berjaya dikesan pihak berkuasa antara contoh kebodohan jenayah.

Kes lain pernah dilaporkan membabitkan seorang wanita di Minnesota AS, ditangkap selepas diarinya mendedahkan pengakuannya mencuri kereta.
Dia menafikan berulang kali semasa siasatan.

Pegawai menemukan diari yang ditulis pada Ogos 2024.

"Saya berjaya mencuri kereta hari ini! Sesuatu yang saya tidak pernah terfikir untuk lakukan," tulis wanita itu dalam diarinya, seperti dilaporkan The New York Post.


Disiarkan pada: Januari 8, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.070765 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list