CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4068|Reply: 1

[Kelantan] Louissa, Snowy dan Pocci jadi 'pengiring' pengantin

[Copy link]
Post time 5-3-2024 11:21 AM | Show all posts |Read mode

Wan Mohd Nasoha dan isterinya, Nor Shahibah diapit tiga kucing baka tempatan, parsi dan domestik yang dinamakan Louissa, Pocci dan Snowy yang menjadi pengiring mereka ketika majlis persandingan. FOTO IHSAN WAN MOHD NASOHA

Kota Bharu: Kehadiran tiga kucing yang dipakaikan gaun dan seumpama pengantin menjadi tumpuan dalam majlis persandingan pengantin di sini.

Tiga kucing baka tempatan, parsi dan domestik yang dinamakan Louissa, Pocci dan Snowy itu menjadi pengiring Wan Mohd Nasoha Wan Mohd Zain, 39 dan isterinya, Nor Shahibah Yusoff, 23, di sebuah dewan di Guchil Bayam di sini, sebaik pasangan itu turun dari trak pikap yang mengiringi mereka.

Dengan berbusana songket, gaun kembang dan sedikit aksesori, ketiga-tiga kucing itu didukung oleh pemilik masing-masing berjalan mengiringi mempelai menuju ke pelamin.

Wan Mohd Nasoha berkata, video mengenai tiga kucing yang menjadi pengiring mereka pada hari persandingan pada Sabtu lalu tular selepas dimuat naik sepupunya di media sosial.



"Niat saya tampilkan semua kucing itu untuk menyerikan majlis persandingan sebagai simbolik kepada kisah pertemuan saya dan isteri yang bermula kerana kucing.

"Saya menjalankan khidmat grooming kucing dan rakan saya yang juga abang kepada isteri kerap menghantar kucingnya untuk dijaga dan daripada hubungan yang baik itu menyebabkan saya turut mengenali isteri.

"Kami berkawan kira-kira setahun sebelum mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu dan saya cadangkan untuk tampilkan empat kucing berfesyen pada hari persandingan Sabtu lalu tapi seekor daripadanya ada halangan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wan Mohd Nasoha yang turut menjalankan perusahaan dobi berkata, walaupun hari istimewa itu milik mereka tapi Louissa, Pocci dan Snowy yang lebih menjadi tumpuan dan ramai tetamu yang datang merakamkan gambar bersama tiga haiwan itu.

Katanya lagi, ketiga-tiga kucing itu milik dua rakan mereka yang juga ahli kelab kucing dan sebaik disuarakan hasrat untuk menampilkan kucing sebagai pengiring dia dan isteri, rakannya itu terus bersetuju.

"Louissa, Pocci dan Snowy setia menunggu kami berdua di dewan, walaupun sedikit lewat dari masa yang ditetapkan dan mereka bertiga sangat baik kerana sudah biasa berada dalam khalayak ramai disebabkan sering menyertai pertandingan," katanya.

Sementara itu, pemilik Snowy dan Pocci, Roselawati Ibrahim Afandi, 61, berkata, dia diminta oleh Wan Mohd Nasoha supaya membawakan kucingnya untuk dijadikan pengiring mempelai, sejak dua minggu lalu.

Selain rasa berbesar hati, dia juga tidak menyangka Wan Mohd Nasoha yang sudah dikenalinya sejak beberapa tahun lalu memberi kepercayaan untuk kucingnya memeriahkan majlis persandingan.

"Sempat la saya menyediakan pakaian untuk Snowy manakala Pocci pula dipakaikan baju yang sedia ada tapi saya hiaskan sedikit lagi dengan renda, malah saya juga mengenakan rambut palsu kepadanya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-pengiring-pengant

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 11:50 AM | Show all posts
jadi yang berhijab pink itu louissa ye?
comel je semua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2025 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.050827 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list