CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9083|Reply: 0

[Kelantan] 15 kaki judi dicekup tonton ‘live’ pertandingan sabung ayam di Thailand

[Copy link]
Post time 14-2-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Muhamad Zaki (tiga dari kanan) menunjukkan sebuah televisyen dan buku catatan rekod pertaruhan yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. -Foto ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seramai 15 lelaki termasuk seorang warga emas dicekup ketika sedang leka berjudi dengan menonton siaran langsung pertandingan sabung ayam di Thailand menerusi televisyen di sebuah kedai makan di Kampung Beris Kubor Besar, Bachok dekat sini semalam.

Kesemua lelaki berusia 25 hingga 74 tahun itu diberkas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Kelantan kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua suspek sedang leka duduk di atas kerusi dan dipercayai sedang bermain pertaruhan judi sabung ayam ketika serbuan dijalankan.

Menurutnya, pemeriksaan di kedai makan itu menjumpai sebuah televisyen, satu alat kawalan jauh, satu unit dekoder dan sebuah buku yang dipercayai digunakan untuk mencatat rekod pertaruhan.

“Polis turut menjumpai wang tunai berjumlah RM628 yang dipercayai digunakan sebagai wang pertaruhan.

“Siasatan mendapati kesemua lelaki terbabit menonton secara langsung pertandingan sabung ayam menerusi televisyen dan telefon pintar menerusi siaran sebuah stesen di Thailand,” katanya pada sidang akhbar di IPK Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, kesemua suspek membuat pertaruhan bermula RM2 hingga RM20 bagi setiap permainan.

“15 suspek yang terlibat ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.  Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengam aktiviti perjudian atau pertaruhan haram,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... g-ayam-di-thailand/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2025 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055904 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list