View: 886|Reply: 22
|
[Jenayah]
Masak Roti Canai Secara Manual, Jual Harga Mencecah RM50!
[Copy link]
|
|
Persembahan Roti Canai Terbang menjadi tarikan utama pengunjung dari pelbagai negara untuk ke bahagian Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia Osaka 2025.
Menurut laporan The Star, dengan gabungan teknik penghasilan yang hebat serta bau yang mempersona cukup membuat sesiapa sahaja yang melintas di kawasan itu terliur dan menantikan juadah berkenaan disiapkan oleh si penebar profesional bernama Muhammad Muiz Ruzaini dan Mohammad Zul Imran Zulkifle.
Untuk makluman, roti canai yang sedia dimasak secara manual serta dihidangkan bersama gandingan kari ayam serta kuah dhal ini dijual pada harga ¥1,680 (~RM49.82) bagi setiap hidangan.
Difahamkan kebanyakkan pengunjung dari negara Jepun, China dan Korea Selatan yang datang bertandang bahkan sanggup beratur sebanyak 7 kali.
Menariknya, mereka boleh menjual antara 1,000 hingga 6,000 hidangan pada setiap hari, sekaligus menunjukkan menu ini mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dalam kalangan pelancong dari Jepun, Korea Selatan, China dan negara seangkatannya.
Mohd Zul Imran menyuarakan hasratnya agar populariti roti canai di pentas dunia akan terus bersinar dan diiktiraf di peringkat global.
“Saya harap ‘Indian pancakes’ di Pavilion Malaysia boleh jadi makanan nombor satu di Ekspo Dunia 2025,” katanya.
Beliau juga menekankan potensi roti canai untuk menjadi tarikan utama pelancong ke Malaysia.
Selain itu, seorang warga Jepun, Yoshianaga Yoko berkongsi rasa roti canai bukan sahaja unik malahan sukar untuk dilupakan.
“Ini kali kedua saya makan roti canai. Kali pertama sebab nampak di platform sosial X, dan rasanya memang unforgettable. Saya sanggup beratur lagi,” katanya.
Yoshianaga mendakwa dirinya pernah melawat Malaysia pada 30 tahun lalu turut memuji akan kemajuan negara dan menggambarkan Malaysia sebagai moden dan aman.
Seorang lagi pelancong, Hanako Seki, pertama kali, atau lebih dikenali sebagai roti prata turut kagum dengan keenakkannya.
“Kari ayam yang disediakan tak terlalu pedas dan buatkan selera saya makin terbuka,” kongsinya lagi.
Beliau menambah lagi bagaimana dirinya tersentuh dengan persembahan kebudayaan di Pavilion Malaysia yang mana mengimbas kembali kenangan indah ketika berada di negara ini. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni mmg roti canai masak secara automatic ke walaupun dia jepun? |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 4-6-2025 08:26 AM
Selama ni mmg roti canai masak secara automatic ke walaupun dia jepun?
Ye la tu kot. Sebab tulah wartawan tulis 'secara manual'.  |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 4-6-2025 08:39 AM
Ye la tu kot. Sebab tulah wartawan tulis 'secara manual'.
Haha terbayang robot cam Johnny dlm citer short circuit tebar roti. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu frozen kot 
tp roti canai katne harga RM 1.20 |
|
|
|
|
|
|
|
Jauh lebih murah dari flight ke malaysia... Malaysian tidak perlu ke italy untuk makan pasta... |
|
|
|
|
|
|
|
ooo slama ni roti canai masak cara otomatis.. baru tahu ada cara lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Lawak.plal.secara.manual
Ada panduan.sekali.ke?
Hahahaha..
Tp kari jepun.pung mmg tak pedas.kan..
Eloklah buat kari ikutncitarasa sana |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh
hebat die tebar
steady jer
pavilion ni smpi bln 10
lama lagi tu
so spnjg tempoh ni die berkampung kat sana lah ye
bestnye blh travel 1 jepun
|
|
|
|
|
|
|
|
Sama macam kes ayam gepuk , geprek, penyet dengan segala kearifan pembedaan 3 resep leluhur oleh warga.
Tapi harga tetap internasionalllll gitcheww |
|
|
|
|
|
|
|
jenuh otak aku memikirkan roti canai yg aku makan selama hari ni masak cara apa. Masak auto pakai renjatan elektrik kot hahahahah 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat luar negara ok la jual mahal2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha... lawak
Mungkin maksud dia uli tu secara manual kot, tak pakai mesin. 
|
|
|
|
|
|
|
|
KAT PERLIS RM1.20. TP TU LAA, DEDULU 6 KUPANG JAHH
|
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 4-6-2025 09:00 AM
selalu frozen kot
tp roti canai katne harga RM 1.20
Dalam video TikTok di atas, ayat wanita itu berbunyi:
Dekat Pokok Sena sekeping singgit dua kupang |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kisah senario, yg saiful apek jd penebar roti canai, gaji besar, rumah setinggan, tp dalam kondo haha
kalo kt jepun silap2 kena dpt sijil penebar roti canai, pastu baru la jual roti canai secara |
|
|
|
|
|
|
| |
|