|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
yess.. TT kembali dgn cita hantu hostel |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita TT semua best!  |
|
|
|
|
|
|
|
Bersembunyi
Cerita ni terjadi kepada seorang kawan aku kira-kira sedekad yang lalu. Kita namakan dia Minji jelah.
Minji ni masa tu dah berusia lewat 20an, dan bekerja sebagai seorang tutor Bahasa Inggeris di Korea Selatan. Pada waktu tu, dia jadi tutor khas untuk seorang pelajar perempuan yang masih bersekolah menengah. Nak dijadikan cerita, masa tu kelas tambahan yang diorang buat di sebuah perpustakaan tu selesai lambat sampaikan terlepas bas terakhir. Jadi pelajar tu pun cakapla kat Minji boleh tak dia nak tumpang tidur kat rumah Minji esok pagi-pagi dia baliklah rumah naik bas. Minji pun setuju jelah.
Rumah Minji ni adalah sebuah apartment 1 bilik je, jadi Minji tidur atas katil manakala budak perempuan tu tidur kat lantai dialasi toto je. Dah kepenatan diorang pun terus tertidur.
Beberapa jam kemudian, adalah dalam pukul 2 pagi, pelajar tu tiba-tiba bangun kejutkan Minji. Dia cakap kat Minji yang dia lapar. Minji malas nak layan yelah tengah tidur kan. Tapi pelajar tu merengek-rengek kat Minji nak makan jugak. Minji cakapla kat budak tu, kat dapur ada ramen pegilah masak sendiri. Tapi budak tu taknak. Dia cakap dia nak pegi ke kedai makanan segera 24 jam yang ada berhadapan dengan bangunan apartment Minji tu.
Minji macm bengang la jugak tapi setelah dipujuk-pujuk Minji pun setujulah nak temankan budak tu pegi makan kat luar. Setelah bersiap ala kadar, diorang pun turunlah ikut lif. Bila dah betul-betul keluar dari bangunan tu, barulah budak tu berterus-terang pada Minji.
"Cikgu, sebenarnya saya tak lapar pun. Cuma tadi masa saya berbaring kat bawah tu, saya ternampak bawah katil cikgu ada seorang lelaki tengah berbaring dan tidur kat situ".
Terkejutlah Minji. Dia pun cepat-cepatlah telefon polis. Dan ternyata memang betul ada lelaki tengah tidur bawah katil tu! Bila disoal siasat, lelaki tu cakap dia gelandangan dan masa dia bekerja sebagai seorang tukang cuci kat bangunan tu dia ternampak kod yang dimasukkan oleh Minji untuk kunci dan buka pintu rumah dia (rumah kat sana memang tak pakai kunci rumah). Lelaki tu siap mengaku dia dah tinggal kat situ hampir 2 bulan! Lelaki tu cakap dia dah hafal jadual Minji dan dia cuma nak tumpang tidur je kat rumah Minji.
Apepun lelaki tu dengar kata dah dipenjarakan atas tuduhan menceroboh, tapi setakat tu jelah yang Minji tau sebab lepas tu dia terus pindah rumah lain dah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wah.. best. Sekali sambung banyak betul ceritanya. Tq Mrs S.. nah bunga  |
|
|
|
|
|
|
| |
|