|

Author |
Post time 7-3-2025 05:06 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
doubleA replied at 4-3-2025 12:35 AM
Oit tengah saspen tiber see you in 2026
Kamon john, sementara tunggu subuh ke buka puasa k ...
nak bayangkan pun udah penat |
|
|
|
|
|
|
|
nasib aku masih di tahun 2025.. hahhahaa
saspen menunggu sambungan...salam ramadhon..
|
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 7-3-2025 05:05 PM
“Pak Itam main kasar nampak? Tak bagi cakap lah tak bagi...tak payah lah nak ungkit saya ponteng se ...
Haha yay ada cite baru. Thanks John! |
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 7-3-2025 05:06 PM
nak bayangkan pun udah penat
John dah april, dah raya. Mana cerita?  |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 6-4-2025 11:46 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
doubleA replied at 6-4-2025 01:56 AM
John dah april, dah raya. Mana cerita?
raya kan sebulan?  |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 11-4-2025 09:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Buk! Buk! Buk!
Kedengaran bunyi pintu diketuk dengan kuat berkali-kali.
“Sekejap, sekejap...Allah hai...siapa pulak ngetuk pintu malam2 buta ni?” abah membetulkan kain menuju ke arah pintu.
Buk! Buk!
“Sabor la! Udah nak sampai benor dah ni. Ketuk bagaikan nak tertanggai daun pintu. Nak ngetuk pintu ke nak ngalau hantu dalam pintu?” abah sendiri pun tidak tahu apa yang dibebelkan. Apa yang diketahuinya dia benar2 mengantuk ketika itu.
Daun pintu dibuka, muka Rawang terpampang di sebaliknya. Bukan main pucat serta berpeluh2 seperti baru sahaja melihat sesuatu yang menakutkan.
Abah: Hah, kamu kenapa Rawang? Rahman dah tidor kalau kamu nak ngajak ngeteh pun.
Rawang: Bang, boleh ke awak numpang tidor satu malam?
Abah: Eh, ngapa pulak sampai nak numpang tidor sini? Apa kehenya?
Abah menjenguk keluar dan memerhatikan sekeliling. Tetapi dia tidak nampak apa yang telah menakutkan Rawang. Seterusnya dia cuba meneka.
“Kamu kena kejar dek kobo ke?”
Rawang menggeleng kepala.
“Rimau? Eh, tak mungkin kamu boleh terlepas berlari pakai terompah,” fikir abah.
Rawang mula risau. Apa lagi tiba2 terpaksa main teka meneka pula di hadapan pintu.
“Ada ke benda yang kamu lari tu lagi menakutkan dari rimau dan kobo?” tanya abah lagi.
Lalu dia mendengar aku berkata, “abah bukak pintu lama2 nanti nyamuk banyak masuk.”
Serentak dia berkata, “ah, ye ler...moh masuk dulu. Jangan lupa basuh kaki.”
Aku masih tidak boleh lupa malam tersebut. Sudah la aku terpaksa mengorbankan bilik kepada Paksu dan tidur di ruang tamu. Abah pula tiba2 mengambil pelita dan meletakkannya di atas lantai sebelum duduk bersila.
“Cer kamu cerita, apa sebenornya yang berlaku?” tanya abah.
“Pak nya...nak menyembang ke pulak tengah2 malam ni? Bagi ler dia tidur kat bilik Rahman tu...” kata emak di sebalik dinding papan.
“Eh? Bila masa pulak jadi bilik Paksu?” tanyaku di dalam hati.
“Marilah aku tunjukkan ke bilik kamu. Jangan merayap pulak ke tempat lain. Ada yang makan penampor karang,” kata abah membawa Rawang tidur bersama Paksu.
Di dalam masa yang sama, Tok Penghulu pula ketika ini sedang melalui kawasan tanah perkuburan.
Ah Siong: Haiya...lu mau bawa wa pergi mana ni?
Tok Penghulu: Apa kehe kamu bertanya bunyinya macam aku ni nak menculik kamu? Kaheinya kamu sendiri yang memandai panjat belakang motosikal aku ni tadi?
Ah Siong: Wa tanya saja maa...
Tok Penghulu: Lagipun, kalau aku nak menculik pun...bior ler yang muda2. Yang masih bergetah.
Ah Siong: Ya, wa paham...wa ini sudah season...
Tok Penghulu: Bukan tu maksud aku! Maksud aku, kamu ni lelaki! Ada jugak yang aku humban ke dalam parit ni karang.
Ah Siong: Lagi sekali wa cakap...wa tanya saja. Lagi sini sudah mau keluar kita punya kampung. Lagi depan sikit nanti sampai itu kawasan kubur tak bertanya.
Tok Penghulu: Kubor tak bertanda. Bukan bertanya.
Tok Penghulu terdiam seketika sebelum berkata, “ya tak ya jugak...boleh tahan ramai orang kena kacau dekat kawasan tu tengah2 malam.”
Ah Siong kemudian menunjukkan ke arah sesuatu, “lu tengok sana...macam ada orang tengah buat kerja dalam itu tanah kubur.”
“Ha’ah...siapa tu? Itu macam si Jai je? Moh kita pergi jenguk dia sekejap,” kata Tok Penghulu membuat belokan.
“Haiya...tengah seram2 lagi mau singgah kubur,” Ah Siong menggelengkan kepala.
“Tapi tu orang...Jai tu, kan?” Tok Penghulu mengeraskan suara.
Enjin motosikal dimatikan dan tongkat diturunkan. Mahu tak mahu Ah Siong terpaksa melayan karenah Tok Penghulu yang mahu melawat Tok Jai di tanah perkuburan selepas mengalami pengalaman seram tadi. Sudah la begitu, perangainya pula seperti budak2.
Tok Penghulu bersembunyi di sebalik pokok kemboja dan membalingkan batu kecil ke arah Tok Jai. Lantas orang tua itu terkejut dan tercari2 siapa yang membaling batu ke arahnya tadi.
“Hihihi...” ketawa Tok Penghulu sebelum membaling batu seterusnya dan menyorok seperti tadi.
“Haiya...ini ke yang orang kata baling batu sembunyi tangan?” keluh Ah Siong.
“Ah Siong, baik kau diam je. Daripada kau membebel, apa kata kau tolong aku kutipkan batu?” ujar Tok Penghulu.
Ah Siong sekali lagi mengeluh sebelum terkejut melihat muka Tok Jai dengan tiba2 sudah berada di hadapan mukanya.
“Aiyoo...matila wa jumpa itu hantu Tok Jai pula!” jerit Ah Siong sehingga hampir terbaring.
Tok Jai: Ah Siong, kau cakap baik2 sikit. Aku ni hidup lagi kau panggil hantu. Dahlah kau baling batu kat aku.
Tok Penghulu: (Geleng kepala) Sepatutnya kau tunjukkan contoh yang baik. Ada ke kacau orang tengah buat kerja.
Tok Jai: Betul cakap Tok Penghulu tu...macam ni baru kita katakan tokoh pemimpin.
Sementara Ah Siong masih tidak mampu berkata apa2 dan fikirannya tertanya2 mengapa dia pula yang menjadi penjahat di dalam situasi ini?
“Udah ler, Jai...maafkanlah Ah Siong ni. Dia memang macam ni, perangai tak sepadan dengan umur. Ater...apa yang kamu kobak kabik kan kat tanah kubur ni tengah2 malam ni, Jai?” Tok Penghulu dengan bijak mengubah topik.
Tok Jai menggaru kepala menjawab pertanyaan, “aku hairan...tadi aku nampak mayat tu kat luar. Tapi bila aku korek, dia elok je terbaring dekat dalam? I is konpius...”
Tok Penghulu mengangkat tangan, “udah ler Jai, toksah kamu nak sepeking tengah2 malam buta ni. Separuh otak aku dah tidor kalau nak terjemah apa yang kamu cuba sampaikan.”
Ah Siong menyapu kotoran pada baju, “apa kata lu kasi tunjuk saja sama kami dua orang. Kita boleh kasi peliksa.”
“Bagus, Ah Siong. Memang A!” Tok Penghulu menunjukkan isyarat ibu jari.
“Aku ingatkan kamu ni penakut dan tahu nak baling batu dekat orang je tadi,” sambung Tok Penghulu lagi.
Kata2 Tok Penghulu membuatkan Ah Siong menjeling tajam kepadanya. Tetapi semua itu diketepikan mereka berdua sebaik Tok Jai mengajak mereka ke lubang kubur yang menjadi permasalahan kepadanya.
“Ni dia, tok...elok je kat lahad tu,” tunjuk Tok Jai.
“Hah, aku tengok pun betui ler. Jadi apa masalahnya? Sekejap, bukan ke ini kubur si Saidin?” tanya Tok Penghulu.
“Iye ler...ni kubur si Saidin. Ater, kalau dia terbaring dalam tu...itu siapa pulak?” tanya Tok Jai menunjukkan ke arah gelap.
Dada Tok Penghulu dan Ah Siong sama2 berdebar kencang. Di dalam hati deme berdua tertanya mengapa laju saja memandang ke arah yang ditunjukkan Tok Jai tadi. Sebaik melihat tiada apa2 di tempat yang ditunjukkan Tok Jai tadi, Tok Penghulu dan Ah Siong sama2 menghembuskan nafas lega.
“Buat risau saja...mana ada apa2 dekat sana?” ujar Ah Siong tidak berpuas hati dan menganggap perbuatan Tok Jai tadi seperti sengaja menakut2kan dirinya yang sudah sedia takut.
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 11-4-2025 10:02 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
“Eh? Hilang? Sahih benor aku nampak dia kat situ tadi,” tanya Tok Jai menggaru kepala.
“Kau ni Jai...buat saspens je. Ni dah tengah malam tau tak?” Tok Penghulu mula membebel.
Sementara Ah Siong pula dengan tiba2 menggoyangkan tangan Tok Penghulu. Semakin lama semakin kuat pula dia menggoyangkan tangan orang tua tersebut sehinggakan dia terpaksa meninggikan suara dan bertanya, “apa? Tergoyang2 tangan aku? Tercabut tulang rapuh aku ni macam mana?”
Suara Ah Siong terketar2 memberitahu, “be...belakang kita...”
Biarpun tidak perlu sepatutnya, tetapi Tok Penghulu tetap menolehkan kepala untuk melihat pocong di belakangnya. Mukanya benar hampir seiras dengan Saidin. Tetapi gigi dan gusinya terlihat jelas tanpa ada kulit atau bibir yang menutupinya. Tempat di mana sepatutnya hidung berada pula rompong nampak berlubang. Manakala sebelah matanya pula terjojol dan tergantung keluar.
“Hah, tu pun kamu Saidin. Eh, mana pulak perginya Tok Penghulu dengan Ah Siong tadi?” Tok Jai sekali lagi menggaru2 kepalanya.
“Macam2 kejadian pelik malam ni...mayat ada 2, pembantu aku hilang...sekarang ni Tok Penghulu dengan si Ah Siong pun lesap?” bebelnya sendirian sebelum mengarahkan pocong tersebut masuk semula ke dalam lahad.
Sementara itu di atas jalan raya pula...
“Cilaka! Banyak cilaka ini malam...” keluh Ah Siong di atas motosikal.
“Yang kau pergi tunjuk dekat aku tu kenapa? Ajak balik jelah...tak payah la bagi aku tengok depan2 muka...satu lagi, kenapa pulak kau yang bawak motor aku? Aku pulak yang menumpang kat belakang?” soal Tok Penghulu bertalu2.
“Haiya...jangan kira siapa bawak motor. Sekiranya wa boleh terbang pigi bulan, sekarang juga wa pandu roket pergi. Sana tak ada hantu punya,” kata Ah Siong.
“Mana kau tau kat bulan tak ada hantu?” tanya Tok Penghulu.
“Wa yakin...tak ada siapa2 kena tanam dekat itu bulan. Jadi, tak ada hantu punya,” jawab Ah Siong.
Keesokan paginya...
Paksu: Hah, apa kehenya kamu tidur kat lantai bilik aku ni?
Rawang: Ikutkan aku nak tidur dengan kakak kamu...
Paksu: Aku pijak kau karang! Dahlah dekat je dengan kaki aku ni.
Rawang: Kamu ni, Rahman...nak berseloroh pun tak boleh.
Paksu: Cakap jangan sembarangan...
Rawang: Rahman, apa kata kamu teman aku amik basikal kat padang sana?
Paksu: Amik je la? Apa masalahnya? Bukannya ada hantu siang2 macam ni?
Rawang: Kamu mulut jangan cabui, Rahman! Cakap tu jangan sembarangan...
Paksu: Eh, aku pulak yang kena balik.
“Abah, abah...Paksu dengan kawan dia yang tak senonoh tu dah keluar,” aku melaporkan kepada abah yang sedang minum di dapur.
“Hah, elok benorlah...harapnya malam ni dia idak ngetuk pintu rumah ni lagi,” kata abah sebelum mempelawaku minum bersamanya.
Jika diikutkan, kejadian Saidin muncul kembali ni boleh dikatakan agak menggemparkan orang2 kampung jugak. Rata2 pintu diketuk tengah2 malam. Setiap ketukan dia lambat sebab bukan guna tangan. Kalau berjalan malam lewat sikit lepas isyak mesti kena sergah. Sehinggakan Pak Itam pun tutup kedai agak awal dari selalunya.
Makcik Temah: Sidai kain ke tu?
Mak: Idak la...tengah numbuk sambal. Ater dah nampak ghope ni...harus ler nyidai kain. Apa gemor bertanya benda yang kamu sendiri udah nampak?
Makcik Temah: Tanya pun tak boleh...eh, kamu ada kena ganggu ke malam tadi?
Mak: Ganggu apanya?
Makcik Temah: Heboh orang kampung bercerita hantu si Saidin tu datang ngetuk pintu tengah2 malam.
Mak terdiam sejenak, “rasanya tak ada. Elok je kami anak beranak.”
Makcik Temah menarik muka, “hmm...untunglah, ada amalan pawang. Orang lain heboh kena kacau, keluarga dia tenang je.”
“Temah, kau jangan nak tuduh macam2! Tak ada di dalam ahli keluarga aku yang ada mengamalkan apa2,” tegas mak.
“Yelah, cakap sikit pun nak marah,” ngomel Makcik Temah meninggalkan perkarangan rumah.
Seterusnya mak menegur aku yang sedang duduk di atas anak tangga, “ni apa pagi2 lagi dah makan aiskrim?”
Kejadian gangguan ni berlarutan agak lama. Sehinggalah pada suatu hari, kiranya masa tu Paksu tengah tunggu bas nak balik ke asrama. Aku pulak ditugaskan untuk teman ataupun kiranya menghantar dia. Apa ke aku pulak yang kena hantar?
Pak Itam: Aku tak tau la apa nak jadi kampung kita ni...tiap2 malam terkejut sebab bunyi ngetuk pintu.
Rawang: Pak Itam tak nak letak tilam alas depan pintu ke? Tak ada la bunyi.
Pak Itam: Kamu punya buah pikiran tu kadang2 menyakitkan hati. Apa kata kamu diam je?
Jusoh: Ni semua sebab musabab je...selagi ada keluarga pawang tinggal dalam kampung kita ni...macam2 masalah la yang jadi.
Tok Penghulu: Kamu ni, Jusoh...tak baik menuduh melulu. Dengor dek budak berdua tu, tak ke makan hati deme?
Jusoh: Alah...hati deme je nak kena jaga. Habis kita ni?
Tok Penghulu: Daripada kamu mengarut tak tentu arah, baik kamu tolong aku mikiorkan siapa nak bantu si Jai tu lepas ni. Hairi tu dah lari bekerja dekat Ipoh. Tak tahan katanya.
Bohong la kalau aku cakap aku dengan Paksu tak terasa dengan apa yang Pak Jusoh tu cakap. Dah la dia sengaja je kuatkan volume suara dia supaya kami yang tengah nunggu bas ni boleh dengar.
Tapi semua tu lesap sebaik saja ada motokar mercedes lama berhenti di depan kami berdua. Awalnya aku dengan Paksu macam tertanya2, siapa perempuan yang turun kereta tu. Sebab memang tak pernah tengok sebelum ni.
Sebelah dalam kereta tu pulak, ada sorang lelaki tengah bayar duit dekat prebet sapu. Sebaik je lelaki tu jejakkan kaki keluar dari kereta, terasa macam ada angin luar biasa. Tapi angin tak bertiup masa ni. Paksu cakap la...aku masa ni lenguh, dah duduk mencangkung dah.
Bagai sirih pulang ke gagang kata orang, atas2 pokok pulak macam ada monyet tengah kelam kabut berlari. Tapi kampung ni tak ada monyet masalahnya. Dekat warung Pak Itam pun tak kurang huru haranya bila tangan Pak Jusoh menggeletar lain macam. Sampai dia tergesa2 minta diri nak balik rumah.
“Eh, Abang T. Dah balik kampung?” tegur Paksu.
“Oh, Rahman. Nunggu bas nak balik asrama ke?” balas lelaki tersebut sambil mengeluarkan beberapa beg dari dalam bonet kereta.
Di dalam masa yang sama, seorang lagi perempuan keluar dari dalam kereta. Membuatkan aku tertanya2 siapa perempuan dua orang tu?
“Abang T, dengornya dah kahwin...mana satu bininya?” tanya Paksu tersengih2. Pantang tengok dahi licin.
“Kamu ni...tak habih2 Abang T nya...tu nama dekat KL. Dah balik kampung ni panggil je Tahir balik,” ujar Pak Tahir (kalau dengan Paksu kira pangkat abang la. Lagipun masa ni dia muda lagi)
Selepas tu aku dengan Paksu masing2 ternganga bila dia kenalkan dua2 perempuan tadi tu sebenarnya isteri dia. Dah buat orang tercengang, dia minta diri nak balik ke rumah peninggalan orang tuanya.
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 11-4-2025 10:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Exoskeleton at 11-4-2025 10:23 PM
“Paksu, bas tu...udah2 ler melopongnya,” aku menggoyangkan badan Paksu.
Kelam kabut Paksu masa tu, tak tahu apa benda difikirkan. Beg bawa satu je, bukannya banyak mana. Mungkin perasaan gabra nak tahan bas ke apa, budak2 dulu je rasa perasaan ni. Sama dengan masa nak tekan loceng bas.
Sebabkan gabra dia tu, masa salam aku dia pergi cium tangan. Lepas tu tanya, “eh, ngapa pulak aku pergi cium tangan kamu?”
“Mana awak tau, Paksu kelam kabut semacam?” aku membalas kembali sebelum melihat Paksu menaiki bas meninggalkan kampung.
Semenjak dari tu, tak ada lagi dah dengar cerita pasal hantu ketuk pintu tengah2 malam. Pak Itam mula memberanikan diri buka kedai sehingga ke lewat malam seperti sebelumnya. Macam tu jugak dengan orang2 kampung yang lain. Melepak sambil merasa cuak. Tapi lama kelamaan semuanya kembali seperti biasa.
Cuma Pak Jusoh saja terlantar sakit semenjak tangan terketar2, masing2 tak tau apa sakitnya. Dia bertegas minta ahli keluarga tak benarkan sesiapa datang melawat dia. Beberapa bulan selepas tu, dia meninggal dunia.
Mulut orang kampung biasalah...teka itu ini bila tengok belakang Pak Jusoh macam terbenam dan ada ulat. Biasanya kalau pesakit terlantar ni, kita mesti pusing2kan badan dia. Bagi mengiring ke. Kalau dibiar terlentang, memang isi akan termasuk ke dalam lubang tulang atas sikit dari punggung. Nak lagi clear boleh google rangka tulang.
Agak ngeri la...sebab aku dah beberapa kali tengok benda ni. Orang kampung mana tau apa2 sangat pasal nak pusingkan badan ke apa semua ni. Kadang biar je lepas bersihkan badan dan suap makan. Zaman tu pun bukannya ada internet di hujung jari macam sekarang.
Berbalik pada Paksu pulak, masa dia nak pulang ke asrama sebenornya dia macam risau. Mana la tau kot2 ada saki baki hantu2 kat dalam asrama tu. Tapi macam mana keadaan kampung yang kembali tenang, macam tu jugak keadaan asrama Paksu.
Dengarnya lelaki tua hari tu, pengetua dengan guru2 agak sibuk di sepanjang cuti sekolah. Nak nyelesaikan hal hantu. Pokok2 lama yang biasa jadi tempat mende tu bertenggek dah tak ada lagi dekat tempatnya. Mungkin telah dikorek keluar sehingga ke akar lepas tu digantikan dengan taman herba.
Seman: Lepas ni kalau kita nak cili boleh petik kat sinilah, kan?
Paksu: Apanya? Macam tak cukup pedas je makanan makcik kantin masak.
Fir: Buh dalam megi sedap woo...hiris2 pastu buh kicap.
Paksu: Mana pulak datang kicap?
Hakim: Tak pun yang hijau2 tu kita buat cili jeruk. Makan dengan kuey teow goreng, perghhh...
Fir: Cenggini (tunjuk ibu jari)
Paksu: Kuey teow celah mana? Kita ni kat asrama? Mi goreng pun payah nak jumpa. Nak buat cili jeruk pulak.
Fir: Hang ni, Rahman. A man can dream, you know?
Seman: Huih, sejak balik cuti ni sepeking London kau ye?
Ah Seng: Buat cili oil pun sedap juga ni. (menyampuk)
Tahun tu memang dah tak ada apa2 insiden, kecuali perempuan menjerit sebab ternampak Hakim tengah skodeng diorang. Habis satu asrama lelaki kena denda sebab dia pakai topeng. Tak ada siapa yang tahu kecuali Paksu and the geng.
Sehinggalah Paksu masuk tingkatan lima, tahun SPM. Sekolah menerima guru kaunseling yang baru. Sebelum ni tak tau pun wujudnya jawatan guru kaunseling dekat sekolah. Biasa guru disiplin yang akan panggil Paksu dari masa ke semasa, bash suruh mengaku ambil dadah. Dia tengok Paksu kurus sangat, dia syak ambil dadah. Sedangkan dia cuma kekurangan nutrisi je.
Biasalah zaman ni...sedap je main tuduh2. Sekarang ni badan Paksu dah bulat, memang ga ada obat nak turun balik. Hahaha. Tambahan pula masa ni demam rock baru je melanda tanah air. Merata2 budak melalak lagu rock, tulis lirik atas meja dengan dalam buku nota. Sampaikan buat karangan dengan surat cinta pun guna lirik lagu.
Sebut pasal menyanyi, kadang2 tu kedengaran jugak lagu ketuhanan. Biasanya selepas putus cintan dan juga kena reject setepek. Macam budak Hakim ni kena...elok bersandar dekat frame pintu, muka tengok keluar. Menyanyi lagu kemain lagi.
Ku persembah
Intan dan permata
Tapi bagimu
Kaca tak berharga
Demikian berbezanya
Penilaian kita
Kelopak berseri
Di tanganmu
Berderaian layu
Lalu...
Ku kutip semula
Sisa cinta
Dan beralih arah
Pada Yang Esa
Yelah, agak kaki skodeng mana tak kena reject, kan?
Macam2 benda pelik yang budak2 ni buat. Antaranya melompat atas meja kantin, gelongsor atas meja guna lutut sambil goreng gitar yang tak wujud. Potong seluar jeans tu perkara biasa. Lepas tu kena beduk dengan cikgu sebab pakai seluar pelik dalam asrama dan ketika outing. Masa ni spot-check kaset memang selalu. Habis tempat nak sorok dari cikgu.
Jadi dengan kehadiran guru kaunseling baru ni, dijangka pelajar2 akan lebih bertenang. Harapkan guru disiplin memang dah tak menang tangan. Dalam masa sama, juga nak menandakan bahawa berakhirnya era lempang dulu baru tanya. Kononnya lah...
Jadi apa yang guru kaunseling ni buat?
Dia buat satu program khas untuk pelajar2 SPM, siang dah kena isi dengan ceramah dan sebagainya. Belah malam pulak masih lagi ceramah tak berhenti. Yelah, bukannya kem unit beruniform nak buat operasi burung hantu atau campfire, kan? Kalau bagi can budak2 ni pegang gitar, alamat memang lagu rock saja yang keluar.
Night of Stupidity
Suatu malam tu, dia kumpulkan semua pelajar tingkatan lima dalam satu dewan. Asingkan lelaki perempuan dengan tengah2 dewan kosong untuk laluan. Bermulalah aktiviti psiko guru kaunseling, bermula dengan meminta pelajar tulis nama mak bapak kat kertas kecil. Kemudian ada beberapa pelajar datang bawa lilin minta kau bakar nama mak bapak kau. Kiranya kau tak sayang mak bapak la...
“Bakar la...buat apa kau nak simpan? Kau bukan sayang mak bapak kau?” tu antara ayat psiko yang Paksu tak boleh lupa sehingga ke hari ini.
Langsung tak fikir perasaan pelajar2 yang memang dah tak ada mak atau ayah. Ada juga yang sememangnya yatim piatu, dijaga opah. Menoreh getah setiap awal pagi semata2 nak masukkan cucu ke sekolah asrama.
Sebelah perempuan memang menangis kaw2 la...tak tau apa dosa diorang. Hahaha. Sementara sebelah Paksu pula...
“Bakar la...kau tunggu apa lagi?” bentak pelajar lelaki membawa lilin.
“Bakar? Ya, mari kita bakar!” ucap Seman membakar sekeping kertas di tangan.
Perbuatan dia sikit sebanyak mengejutkan budak lelaki yang bawak lilin tu. Mana ada budak lain yang betul2 bakar kertas yang tertulis nama mak bapak masing2?
“Eh, tu kertas apa pulak?” tanya budak lelaki pegang lilin tu bila tengok Seman memasukkan kertas ke dalam poket baju.
“Haa...inilah kertas yang sebenarnya,” ucap Seman sambil tergelak.
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 11-4-2025 11:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Mengikut Paksu, gelak Seman tu betul2 menyakitkan hati. Sampaikan budak tadi tu blah macam tu je. Bukan budak tu sorang je, Fir juga tak berhenti meniup lilin yang dibawa budak2 yang datang menghampiri kami. Kadang2 siap nyanyi lagu happy birthday lagi.
“Hang nak mintak aku bakaq nama mak pak aku? Mai sini aku bakaq bulu hidung hang sat,” tegas Fir menarik pergelangan tangan pelajar lelaki di hadapannya.
“Jangan la macam ni...saya cuma ikut arahan cikgu kaunseling baru tu je...” rungut budak lelaki yang sudah penat mahu menyalakan lilinnya buat kali keenam dan berhadapan dengan pelajar2 seperti Fir.
Kemuncak program malam tu, guru kaunseling menjemput lelaki entah kutu berahak mana entah untuk menyampaikan cerita sedih mengikut pengalaman dia. Konon dia sibuk melepak dengan kawan2, ponteng sekolah...tau2 mak dia meninggal. Lebih kurang la...tiada siapa yang pasti bahagian tengah2 cerita dia.
Apa yang penting, kebodohan yang berlaku apabila prop berupa jenazah yang siap dibungkus kain kapan putih dibawa ke tengah2 dewan.
Beberapa minit sebelumnya, berlaku kekecohan di dalam bilik guru kaunseling.
Pelajar 1: Eh, cikgu minta prop untuk malam ni.
Pelajar 2: Prop apa? Siang tadi tak cakap pun?
Pelajar 3: Mana satu? Kerusi? Bendera?
Pelajar 1: Sekejap, tu...aku rasa tu lagi sesuai.
Prop yang mereka sendiri tidak tau dari mana usulnya, diusung ke tengah2 dewan seolah2 jenazah yang betul.
Pelajar 1: Eh, kenapa aku rasa prop ni macam makin berat?
Pelajar 3: Korang tak angkat betul2 ke?
Pelajar 2: Sekejap...tadi kita bertiga je, kan?
Pelajar 3: Yelah, tadi kau jugak yang cakap ringan, boleh angkat belakang tu sorang. Ni kenapa berat kami yang kena tanggung?
Pelajar 2: Tak, masalahnya...aku rasa macam ada sorang lagi tolong angkat.
Dua kawannya mula terdiam dan menoleh ke belakang. Memang benar terdapat seorang lagi lelaki berpakaian lebih kurang sama dengan mereka bertiga. Tetapi mukanya tidak dapat dilihat dengan jelas. Biarpun pelajar 2 berada bersebelahan dengannya.
Pelajar 2: Kawan korang ke?
Pelajar 1: Ah, lantaklah! Dah dia nak tolong. Bahu aku dah sakit ni.
Pelajar 3: Be...betul. Tugas kita cuma bawa prop ni ke tengah2 dewan je. Apa jadi lepas tu sudah tak ada kena mengena dengan kita.
Sebaik prop diletakkan di atas lantai, semakin kuatlah teriak pelajar2 perempuan. Sok sek sok sek...meraung pun ada. Masa ni guru kaunseling dah tersenyum lebar dah. Ingat program dia dah berjaya mengetuk pintu hati remaja2 bermasalah.
Pelajar 2: Korang nampak tak tadi?
Pelajar 1: Mana sorang lagi?
Pelajar 3: Tadi sahih kita nampak berempat, kan?
Pelajar 2: Aku rasa nak lari lah...kat mana selamat?
Pelajar 1: Masjid Jumaat?
Tidak sempat mereka bertiga melarikan diri, yang dikatakan prop tadi sudah pun bangun terduduk. Menjadikan suasana di dalam dewan sunyi dan sepi. Terbantut kutu berahak yang sedang bersemangat bercerita tadi. Dia bukan main feel lagi bila prop dibawa masuk. Sekali tiba2 dia duduk daa...
Sebaik ‘prop’ tu memusingkan kepala, dengan magiknya, kesemua lilin terpadam. Sayup kedengaran suara pelajar2 perempuan menjerit nyaring. Sementara pelajar2 lelaki merapatkan belakang pada dinding. Di dalam keadaan gelap gelita ini tiada sesiapa pun tahu yang mana kawan dan yang mana ‘prop’ tadi.
“Tenang semua...tak ada apa2. Ini semua angin je. Pelajar2 pembantu kaunseling mana? Tolong periksa kotak fius dan suis lampu,” kedengaran suara guru kaunseling memberi arahan di dalam gelap.
Pelajar 3: Pergilah...cikgu suruh tu.
Pelajar 2: Ramai lagi budak2 yang lain, kan? Kenapa pulak kita yang kena pergi?
Pelajar 1: Eh, aku rasa tak sedap badanlah...
Pelajar 2: Kau kenapa? Tadi ok je?
Pelajar 1: Aku rasa macam nak terberak...
Pelajar 3: Kau ni, masa nilah pun? Kau tak tau ke cerita the legend of the Seman?
Seman: Woi, woi...kenapa kau seru nama aku?
Pelajar 4: Astaga...terkejut saya tadi. Sikit lagi ba jantung saya mau terbang tinggi seperti burung.
Pelajar 2: Korang semua ni nak ke mana?
Fir: Hang gila ka nak duk lepak sini? Life is a battlefield, you know? Dah tau orang tembak menembak hang nak dok pacak sini macam orang bodoh pasai pa?
Perumpamaan yang diberikan Fir mampu membuatkan seseorang yang waras tergeliat otak memikirkannya.
Pelajar 1: Logik juga apa yang dia kata tu?
Paksu: Logik celah mana?
Pelajar 2: Kita nak lepak mana? Kalau menda alah tu muncul tiba2 macam mana?
Hakim: Aku tahu tempat paling selamat.
Pelajar 1: Tempat tu ada tandas tak?
Seman: Hah, aku pun rasa macam nak ke tandas.
Hakim: Jangan risau...ada semua. Tandas, pantri. Kita boleh bancuh kopi cicah biskut.
Pelajar 4: Bagus juga sia sudah tidak tahan lagi ni...
Paksu: Kenapa aku macam dengar suara cakap Sabah dari tadi?
Pelajar 3: Mana ada budak Sabah?
Hakim: Aku rasa macam ada.
Fir: Memang ada...pelajar dari sana buat lawatan dulu.
Pelajar 1: Habis tu, budak tu tak ikut balik ke? Sekolah sini terus.
Fir: Rasanya...budak tu terperosok masuk dalam lubang najis? Besi penutup dah reput.
Paksu: Kenapa aku rasa macam tak sedap dengar cerita kau ni, Fir?
Seman: Budak tu selamat ke tak?
Fir menjawab, “selamatlah! Apa pulak tak selamat?”
Masing2 menghembuskan nafas lega sebelum mendengar Fir berkata perlahan, “selamat ke rahmatullah...”
Tanpa membuang masa mereka mencicit berlari ala2 Naruto meninggalkan dewan sekolah. Kedengaran suara Paksu berkata, “Hakim, kau depan! Pastikan tempat yang kau nak bawak tu selamat nanti!”
“Roger!” jawab Hakim berlari pantas memintas rakan2 yang lain.
Sementara di dalam dewan yang sunyi tadi, mula kedengaran suara jeritan. Menandakan permulaan kesurupan masal.
40 minit kemudian...
“Apa lagi masalahnya? Tak sudah2 dengan masalah,” keluh seorang lelaki tua mengikut di belakang pengetua.
Sedangkan pengetua sendiri sudah berpeluh2 tidak tahu apa hendak dijawab dan mana muka hendak diletakkan. Satu persatu masalah timbul di bawah pentadbirannya. Adakalanya dia merasakan seperti mahu mengambil pencen awal sahaja dan biarkan pengetua baharu menghadapi masalah seterusnya.
“Ni...siapa yang bijak pandai bawa prop serupa jenazah ni?” marah lelaki tua itu.
Guru kaunseling menundukkan kepala, tidak mampu memberikan alasan. Sedangkan dia sendiri yang membawa prop tersebut, dibuat di sekolah lamanya. Tetapi tidak berkesempatan untuk digunakan di dalam program seumpama ini.
“Nasib baik kau perempuan, kalau lelaki tadi...memang aku maki kau cukup2,” biarpun belum dimaki, itupun sudah cukup membuatkan guru kaunseling tersebut menitiskan air mata.
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 11-4-2025 11:21 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Exoskeleton at 11-4-2025 11:24 PM
Apa yang berlaku seterusnya, Paksu dan rakan-rakannya sendiri pun tidak tahu cerita sepenuhnya. Setiap pelajar mempunyai cerita yang berbeza. Ada yang berlagak hero, tidak kurang juga yang mengagung2kan lelaki tua tersebut.
Apa yang diketahui mereka hampir sejam kemudian...
“Siap, kopi o panas jag kedua,” ucap Hakim membawa sebuah jag kepada rakan2nya.
Fir: Hang ni memang A.
Pelajar 1: Habis jugak biskut lutut dekat bilik warden ni.
Pelajar 2: Habis pun lantaklah...siapa suruh dia cuti?
Paksu: Tak rasa kita akan ada masalah besar ke kalau terkantoi nanti?
Fir: Hang nak risau apa? Kita menyelamatkan diri! Takkan kita nak kalut melayan hantu kat sana?
Pelajar 3: Betul tu...betul...aku setuju.
Fir: Seman, meh la huloq sini bekas tu. Hang peluk sorang pasai pa?
Seman: Aku lapar la!
Di dalam masa yang sama...
Cikgu disiplin: Tok pasti ke pelajar2 yang hilang tu berada di dalam ni?
Lelaki tua: 100%
Krakk!
Masing2 terdiam ketika pintu bilik warden dibuka dari luar. Tidak lama kemudian, muncul muka bengang cikgu disiplin mencekak pinggang memerhatikan mereka. Matanya seolah sedang menghafal satu persatu muka pelajar yang berada di situ.
“Orang tengah sibuk dekat dewan, kamu semua jadi hantu dekat sini?! Setan!” herdik guru disiplin.
Paksu and the geng dirotan secara beramai2 sebelum dibenarkan pulang ke asrama. Mereka juga diminta untuk membersihkan semula bilik warden terlebih dahulu sebagaimana asal.
Apa yang berlaku seterusnya? Cover up dari guru disiplin di tapak perhimpunan yang mengatakan hantu yang mengacau para pelajar pada malam tersebut adalah disebabkan pengaruh muzik rock yang memuja2 syaitan. Biasa la...orang dulu2.
Beberapa hari kemudian, keadaan pulih seperti sediakala...
Ku berjalan di dalam hujan
Mencari api yang terpadam
Namun, sudah sekian lama
Hanyalah gelap-gelita...
Seorang pelajar menegur Seman, “jangan nyanyi lagu rock. Tu lagu puja setan!”
Fir hadir back up kawan baiknya, “tang mana lagu puja setan? Hang habaq mai kat aku? Cikgu disiplin tu propa je lebih...pantang dahi licin nak back up guru kaunseling.”
Ah Seng menambah, “entahnya...itu semua karut!”
Seterusnya dia mula menyanyi lagu Metallica dengan suara garau.
Darkness imprisoning meAll that I see
Absolute horror
I cannot live
I cannot die
Trapped in myself
Body my holding cell
Habis menyanyi Ah Seng terus membuat bunyi goreng gitar bersama gerak jari hantam kromo.
“Hah, tang ni hang nak cakap puja setan pun takpa. Hang anak cina buat pa dengaq lagu Metallica? Pi dengaq tian mi mi sudah la,” kata Fir mencekak pinggang.
Cerita Paksu, Ah Seng ni jugalah yang pernah meminta dia teman pergi konsert Metallica dahulu. Sudah la masa tu gigi tengah sakit. Gedung gedung bunyi dram, bertambah kuat denyut sakit gigi.
Seman termenung jauh sambil memegang gitar yang tidak tahu bagaimana hendak dimainkannya. Biasalah kat asrama...tengah duk saja tiba2 entah anak siapa2 mintak tolong jagakan gitar.
“Korang rasa lepas SPM nanti kita jumpa lagi tak antara satu sama lain?” tanya Seman tiba2 nak menjiwang.
Masing2 terdiam sebentar, tiada jawapan yang pasti.
Fir duduk memeluk bahu Seman, “hang jangan risau...hang pi lah sambung belajaq atau kerja mana pun. Balik2 muka depa semua nilah yang hang akan tengok.”
Paksu, Hakim, Ah Seng dan Seman tersenyum mendengar jawapan Fir. Timbul rasa sayu melihat hari2 mereka di asrama bakal berakhir tidak lama lagi. Ketika ini bukannya mudah untuk terus kekal berhubungan. Tak semua rumah ada telefon. Pos surat pun ada yang kena ambil di balai raya atau surau kampung. Timbul juga persoalan mengapa Fir berkata depa dan bukannya kami.
Beberapa tahun kemudian...
Seman termenung jauh, “betul cakap Fir dulu...pusing mana belajar, last2 jumpa muka kome juga.”
Paksu tersenyum. Dia, Seman dan Ah Seng berjaya melanjutkan pengajian di dalam universiti yang sama. Hanya kos sahaja yang berbeza.
Manakala Fir pula, tidak sempat mengambil slip peperiksaan SPM kerana terlibat dalam kemalangan maut di simpang tiga terletak berhampiran dengan rumahnya. Lori gagal brek di lampu isyarat merah lalu melanggar motosikal yang ditunggangnya.
Hakim pula terus bekerja dan terputus hubungan dengan kawan-kawan yang lain.
“Eh, aku nak naik bas dekat Puduraya. Kau gerak sekali tak?” tanya Paksu.
“Kau pergi dulu la...aku dengan Ah Seng ingat nak usya awek dekat Pertama,” jawab Seman.
“Hek eleh...usya awek ke nak usya Farhana? Tau la minah tu kerja kat KFC jalan TAR,” perli Paksu sambil memakai kasut.
“Kira awek la tu...takkan nak cakap dia tu jantan pulak?” ujar Seman.
“Farhana sangat cantik sekarang,” Ah Seng mencelah sambil menunjuk isyarat ibu jari.
Paksu hanya tersenyum, cuti semesternya baru bermula dan dia bercadang hendak melawat ibunya di kampung. Tetapi sebelum itu dia terlebih dahulu ditegur Rawang yang sering melepak di Warung Pak Itam.
“Oi, Rahman. Marilah sini minum2 dulu,” panggil Rawang.
“Ewah...manggil macam nak belanja minum je?” tanya Pak Itam.
“Dia dua je...kalau tak saya belanja, dia belanja. Hahaha,” ujar Rawang.
“Hui...ajer penat,” keluh Paksu.
“Hai, muda2 lagi udah mengeluh penat?” tegur Pak Itam.
“Kamu naik bas ekspres, kan? Bukannya bawak bas? Lagipun sekarang ni dah ada highway,” Rawang menambah perisa.
“Pak Itam, fanta merah satu...” pesan Paksu.
“Oh ya, sebut pasal highway...masa aku nak balik ke sini, aku nampak signboard hijau tulis Rawang Batang Berjuntai,” sambung Paksu.
Pak Itam di dalam perjalanan ke dapur mula menahan ketawa. Manakala Rawang pula berkata, “kamu jangan rope tu, Rahman...jangan nak bawak cerita bagi modai kat orang2 kampung untuk ngutuk aku. Aku punya idak berjuntai...”
“Assalamualaikum...apa benda berjuntai tak berjuntai ni?” sapa Pak Tahir yang baru sahaja tiba.
“Saja si Rahman ni nak cerita hantu pulak tiba2,” Rawang menukar topik.
“Ooo...kalau nak cerita hantu, abang ada. Cerita masa di kolumpo dulu,” kata Pak Tahir.
“Aiseymen...betul2 ada la pulak,” Rawang mula berkerut dahi.
Pergi yang Kembali...
“Aku harap, kau dapat bersabar...”, ucap Penyelia kepada Madi sambil memegang bahunya.
Sebaik sahaja Penyelia pergi meninggalkannya, rakan sepejabatnya yang bernama Rosli pula duduk di sebelahnya.
“Salam takziah...apa-apa pun, kita yang masih hidup ni...perlu teruskan hidup. Kesian kat anak-anak kalau kau terus duduk meratap depan kubur arwah”, pujuk Rosli.
Madi menganggukkan kepalanya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh rakan sepejabatnya itu. Namun, hatinya masih terasa berat meninggalkan pusara isterinya yang tercinta.
Mungkin disebabkan pemergian isterinya itu di dalam usia yang muda dan juga secara tiba-tiba membuatkan Madi agak sukar menerimanya.
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 11-4-2025 11:46 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tetapi apabila dia menatap kedua-dua anak lelaki dan perempuannya, timbul pula rasa sayu di hati. Entah bilakah kali terakhir dia melihat anak-anaknya itu menjamah makanan.
Sebagai ayah, Madi sedar yang dia tidak boleh membiarkan anak-anaknya terbiar hanya kerana dia melayankan perasaan sedihnya. Sedangkan mereka berdua juga turut sama kehilangan sepertinya.
Perlahan-lahan Madi bangun setelah mengumpulkan kekuatan. Lalu dia menghulurkan kedua2 tangan bagi mengajak mereka untuk mengikutinya.
Madi sempat menoleh buat kali terakhir rumah baharu bagi isterinya sebelum melangkah keluar kawasan pagar tanah perkuburan.
Di dalam perjalanan balik ke rumah, Madi sempat membungkuskan makanan fast food untuk anak-anaknya. Mereka berdua akhirnya terlelap di dalam bilik masing-masing sambil memeluk patung teddy bear yang dijahit sendiri oleh arwah ibu mereka.
Kepala Madi kusut memikirkan apa yang patut dilakukannya selepas ini. Apa lagi melihatkan keadaan rumah yang serba tidak terurus.
Pinggan, mangkuk serta cawan yang tidak berbasuh di sinki. Sampah di dalam tong sampah yang telah menimbun serta berulat. Belum masuk lagi pakaian-pakaian yang tidak bercuci di dalam mesin basuh.
Madi terbatuk hampir termuntah sewaktu membersihkan tong sampah dapur. Dia juga berusaha membersihkan pinggan mangkuk di dalam sinki.
Badannya terasa lemah sewaktu melakukan kerja-kerja rumah tersebut. Timbul pertanyaan di dalam mindanya, “adakah ini yang dirasai oleh setiap mereka yang kehilangan orang yang tersayang? Badan terasa lesu dan tidak berdaya. Tetapi di dalam masa yang sama perlu meneruskan kehidupan”.
Sesekali fikirannya melayang teringatkan kembali apa yang dikatakan oleh arwah isterinya dahulu.
Sambil melipat baju, isterinya bertanya, “kalau Ija pergi dulu...abang kahwin baru tak?”.
“Hishh...apa punya soalan...perangkap ke apa ni?”, balas Madi sebelum meneguk air kopinya.
“Perangkap apanya pulak, bang?”, tanya Ija lagi sambil tertawa kecil.
“Yelah...karang tau2 je abang kena tidur kat ruang tamu tak pasal-pasal”, seloroh Madi.
“Eh, pernah ke Ija buat macam tu?”, tanya isterinya dengan nada tegas.
Madi laju sahaja menggeleng kepal sambil tersengih bagaikan kerang busuk.
Ija menjebikkan bibirnya sambil berkata, “orang tanya betul2, dia main2 pulak”.
“Abang malaslah, kot? Abang ni kalau pergi majlis kenduri orang tu, sukalah. Lepas makan balik. Tapi, kalau majlis kahwin sendiri tu...haishhhh...penatnya majlis kita dulu tu pun tak hilang lagi rasanya”, terang Madi.
“Haih...anak dua orang dah masuk sekolah pun tak hilang lagi penatnya? Bukan main penat lagi tu?”, perli Ija.
“Hehe...penat tambah trauma...”, balas Madi tersengih.
Ija mengeluh panjang sebelum berkata, “alamatnya kesianlah budak-budak ni bila saya tak ada nanti. Rumah pun mau bersepah tak terurus nanti”.
“Eh...apa cakap macam tu? Macam nak saya kahwin lagi pulak?”, tanya Madi kehairanan.
“Awak tu kerja bagus, insyaAllah boleh cari isteri baru yang bagus untuk anak2 kita nanti”, jawap Ija.
“Malaslah nak fikir...nanti awak baliklah rumah tolong apa-apa yang patut. Applylah cuti”, balas Madi sambil berjalan menghantar cawan ke dapur.
“Aihh...mati boleh pulak apply cuti nak balik rumah? Mana mazhab abang pakai ni? Risau pulak”, bebel Ija sambil membaling kusyen ruang tamu kepada suaminya.
Madi tersengih seorang diri apabila teringat kembali, namun tidak lama kemudian kembali timbul perasaan sedihnya. Sehinggakan mana-mana bahagian rumah yang dilihatnya, akan mengingatkannya pada arwah isterinya.
“Ayah...ayah...bangun, kenapa ayah tidur dekat ruang tamu je?”, kejut anak sulungnya yang bernama Zana.
“Allahu akbar...ayah tak sedar bila terlelap lepas mengemas”, ucap Madi sambil meraup muka beberapa kali.
“Eh? Kenapa korang dua pakai baju sekolah ni? Kan boleh je cuti dulu, masuk sekolah Isnin depan”, tegur Madi sebaik melihat anak-anaknya.
Sambil tertunduk, Zana menjawab, “maaf, ayah...kami kena juga pergi sekolah. Kalau kami duduk di rumah...nanti...”.
Melihat raut wajah sedih kedua anaknya itu, Madi terus faham. Anak2nya mahu menenggelamkan kesedihan mereka dengan kesibukan sekolah.
“Jomlah...ayah hantar kalau macam tu”, ujar Madi menyambar kunci kereta.
Sewaktu menurunkan kedua anaknya di pagar sekolah, dia sempat menghulurkan mereka duit belanja serta berpesan, “nanti sarapan dulu...jangan tak makan pulak”.
“OK, ayah tu pun...malam semalam ayah tak makan”, pesan Zana yang juga risau melihatkan ayahnya murung sahaja.
Sebaik sahaja pulang ke rumah, Madi bersiap2 mahu ke pejabat. Dia juga merasakan idea daripada 2 anaknya tadi agak baik. Daripada dia termenung sahaja mengingatkan arwah isterinya, baik dia sibukkan diri dengan kerja di pejabat.
“Astaghfirullah hal azim...kenapa pulak kau masuk kerja?”, tegur Rosli sebaik sahaja melihat Madi masuk ke pejabat.
Madi hanya melemparkan senyuman hambar sahaja tanpa menjawab apa2 soalan daripada Rosli mahupun rakan2 sepejabatnya yang lain.
“Madi, masuk ke pejabat saya sekejap”, arah Penyelia Jabatan bernama Iqbal.
Sebaik sahaja mengetuk pintu dan masuk ke dalam pejabat penyelianya, Madi berkata, “Encik Iqbal panggil saya?”.
“Saya dah bagi awak cuti seminggu...kalau awak nak sebulan pun saya boleh bagi, memang tak ada masalah. Tapi kenapa awak datang bekerja hari ni? Hari selepas arwah isteri awak dikebumikan?”, tanya Iqbal dengan nada yang agak tegas.
“Maafkan saya Encik Iqbal, bukanlah niat saya nak menolak mentah2 budi baik Encik Iqbal tu. Tapi, saya rasa...saya perlu sibukkan diri saya supaya saya tak teringat sangat dengan arwah isteri saya”, terang Madi.
Iqbal mengeluh seketika sambil mengurut bekas cermin mata pada pangkal hidungnya.
Lalu berkata, “saya tahu apa yang awak cuba lakukan, tapi tak mungkin manusia normal boleh bekerja seperti biasa selepas apa yang awak alami sekarang. Manusia normal biasanya memerlukan masa untuk memproses apa yang telah berlaku”.
Melihatkan Madi hanya terdiam sahaja, Iqbal menyambung katanya, “beginilah...awak buat apa-apa yang patut di workstation awak, lepas tu balik...mungkin ambil anak2 awak balik sekolah, luangkan masa dengan mereka. Atau balik ke kampung, tenangkan fikiran”.
“Eh, mana Encik Iqbal tahu anak saya di sekolah?”, tanya Madi.
“Saya tengok awak pun saya dah tahu mesti anak-anak awak pun buat benda yang sama. Dah, jangan buang terlalu banyak masa di pejabat”, jawab Iqbal.
bersambung...
Kali ni dah bagi double...jadi see you lepas raya haji 
|
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih daun keladi. nanti free sambung la lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih John sambung cerita. Last jengah benang ni tahun 2022  |
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
Mungkeng @Exoskeleton dah kaweng sekarang... Sebok ngan bini bini bini dan anak anak dah...?
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
|
lawak , why dedi do that to me?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|